Wednesday, 29 October 2014

Benda yang Hanya Budak Sekolah Agama Yang Faham

Dan ada antaranya berlaku kat diri aku sendiri


Di sebalik tudung labuh ini, mungkin... lesbo? (GAMBAR HIASAN)

1. People expect a lot from you

Happens every time
Lagi-lagi bila korang baru daftar masuk universiti, then member-member baru tanya sekolah mana. Nak menipu pun tak baik jadi korang terpaksalah mengaku korang sekolah agama dulu. Dan dorang pun akan expect kau ni selalu jadi imam kat surau dan setiap kali solat jemaah besar kemungkinan korang akan ditolak untuk menjadi imam ( so sape yang tak pernah jadi imam kat sekolah dulu memang masalah besar la). Dan tempoh masa untuk dorang still respect benda baik dari kau depends, kalau kau tunjuk contoh baik so lama lah skit, tapi kalau dah awal-awal buat benda tak senonoh (dating ngan awek, cakap pasal benda-benda lucah etc) so tak lama lepas tu dorang akan hilang respect kat budak sekolah agama. Well, bagi aku budak sekolah agama pun manusia juga, so kalau pernah melancap pun nak buat macam mana kan?

2. Rebutan Jemaah Usrah

Contoh jemaah usrah for those who don't know
Aku tak tahu kat Malaysia macam mana tapi macam itulah suasana kat tempat aku sekarang, lebih-lebih lagi bila time budak first year mendaftar. Tapi masalahnya budak sekolah agama ni la yang paling susah nak join usrah, alasannya sebab usrah ni boring dan rasa macam tak dapat apa-apa dari usrah, maybe sebab pengalaman dari zaman sekolah yang buat diorang fikir macam tu. Lagi-lagi bila naqib usrah bukan dari berlatar belakang sekolah agama.

3. Berusaha nak buang identiti sekolah agama

Biasanya kalau kau jumpa member yang still pakai kopiah kat universiti biasanya bukan budak sekolah agama pun. Budak perempuan pula dah tak ramai yang still pakai tudung labuh (termasuklah member-member aku sendiri) semua macam dah jadi hipster lah kononnya. Mungkin diorang (termasuk aku sendiri) buat camtu sebab takut nanti kalau buat benda yang tak betul last-last nama sekolah agama juga yang tercemar. So demi  memastikan kelestarian institusi agama, better buat macam ni(kot).

4. Culture shock

Contoh IPTS. Banyak lagi kolej-kolej lain (KBU, Sunwaty etc)
Benda biasa especially kat IPTS untuk Pre-U ke oversea. Dari biah islam ke macam-macam biah yang wujud. Tapi depends juga sebenarnya sebab ada yang memang dah biasa dengan kehidupan yang agak sosial tapi sebab dia budak sekolah agama, so orang akan ingat dia budak sekolah agama yang dah 'rosak' dan terkena 'culture shock'. 

5. When you are gay, you will feel either awesome, sad or both

Benda yang berlaku kat diri aku. First, kau rasa sedih dan bersalah sebab kau rasa macam kau dah mencemarkan agama sendiri. But lepas tu kau rasa kau agak awesome sebab walaupun kau macam ada kecelaruan seksualiti, somehow kau ada qualification nak jadi ulama( I mean asatizah). Kau kadang-kadang rasa kau lagi hebat dari ustaz-ustaz kau sebab kau rasa dorang jadi ustaz pun sebab tak dapat offer lain ( subject akademik tak skor so terpaksa lah ambik course agama) sementelah member-member kau yang ambik course agama semua score cukup-cukup makan (C,D) je untuk subject agama lepas tu further STAM STPM agama ( but you got A+ untuk semua tu despite of being gay, including Bahasa Arab Tinggi ) And semua budak scorer ambik course secular (e.g actuarial science, dentistry, medic, geology, engineering etc). Aku takde la pandang rendah kat geng-geng ustaz (lagipun dorang ni taste aku hahar) tapi kadang-kadang tu berapi jugak lah bila dalam ceramah ( tapi takde lah aku nak suruh puji) duk kutuk level gila babi semua LGBT ni, as if macam aku minta dilahirkan camni. 


Anyway aku takde lah nak suruh korang hilang respect kat ustaz tu semua, tapi entah, aku rasa nak luahkan perasaan aku kat sini. Tapi kena respect lah dorang ni sebab walaupun kau power bab agama sekolah dulu, tapi kau belajar takat SPM je, apalah sangat O Level (baca Ordinary Level) tu kan jika nak dibandingkan dorang para asatizah ni belajo sampat degree. 

Astaghfirullahalazim, adakah aku yang riak sebenarnya?....

4 comments:

  1. Saya kalau ditanya dulu sekolah mana, selalu mengelak. Sebabnya ramai rakan-rakan sekolah yang belajar di universiti yang sama, dan mereka dah jadi 'seseorang'. Ada nama, ada kewibawaan, kepimpinan dan sebagainya.

    Ada kawan-kawan yang mula-mula tahu, sedikit terkejut. Haha, perangai macam setan tapi asalnya sekolah agama. Kemudian nak dibandingkan pula dengan rakan-rakan lain yang menjadi tu. Senyum jelah.

    Bukannya saya tak menjadi, sumbangan saya lebih kearah khidmat masyarakat berbanding rakan-rakan se-sekolah yang lain, yang mana mereka more to bidang agama.

    Dan saya setuju tentang sebabnya orang-orang macam saya ni nak merahsiakan identiti, atau asal sekolah kami. Untuk menjaga nama agama Islam itu sendiri. Islam itu indah, sekolah itu tujuannya baik, taknaklah dirosakkan oleh golongan-golongan seperti saya. Bukan salah sekolah yang menjadikan saya begini, tapi salah diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. hak hak hak... masa kat matric, paling x suke bl org tny aku skola mn.... rasa terasing sgt. Aku ubah cara berpakaian... sampai dak2 agama cop aku sekular, perosak biah. bukan apa, aku xnak org pandang sempurna dak2 agama. kitorang pon ada pilihan... walaupon kadang2 pilihan tu nmpk melawan arus. tapi syukur jd dak skolah agama... terjaga juga aku smpai skrg. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saudara.. Cuba follow blog ni, in sha Allah mmbantu.. https://www.islampos.com/hukuman-homoseksual-dalam-islam-dibunuh-dibakar-dan-dilempar-dari-ketinggian-21645/

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum saudara.. Cuba follow blog ni, in sha Allah mmbantu.. https://www.islampos.com/hukuman-homoseksual-dalam-islam-dibunuh-dibakar-dan-dilempar-dari-ketinggian-21645/

    ReplyDelete