Tuesday, 1 April 2014

First Year Aku Kat Obersea :)


Rasanya dah dekat setengah tahun (6 BULAN) jugak lah aku tak post apa-apa. Selain sibuk dengan komitmen harian, aku sebenarnya ketandusan idea nak post.

Tetiba hari ni kalbu aku terasa nak post sebab lama sangat tak post. Just nak cakap aku dah grad Pre U kat college  aku  dan dapat offer kat satu university nih.
Kelab UMNO Luar Negara. Bendera tempat aku belajar sekarang pun ada.
And untuk beberapa ketika aku dah berada kat satu negara baru, university baru, environment baru dalam satu bidang undergrad. 

Sebenarnya tujuan aku kat sini nak hebohkan kat semua readers blog ni yang aku masih muda and unmarried. Sebab ramai yang message facebook aku atau email tanya camne hidup aku dah kahwin belum. haha aku relax je tapi yang aku takut kat sini ialah persepsi orang yang mungkin aggap aku seorang pak cik yang berumur 40-an.

Aku tak salahkan mereka sebab aku rasa dorang misunderstood mungkin sebab nama aku yang tak berapa muda and tak berapa jambu. hehe. mungkin aku patut tukar nama aku kepada yang lebih muda, jambu and fresh.


Berbalik kepada keadaan aku kat negara orang, jauh beribu batu dari Malaysia, actually okay je sebenarnya. Tak pernah home sick pun. Mungkin sebab kat sini komuniti Malaysia agak ramai. Undergrad,postgrad and yang kerja pun ada.

Kadang-kadang terpikir plak nak kerja kat oversea lepas grad nanti. Bukan ape kalau kerja kat oversea ni aku rasa (aku rasalah) tak ramai yang tanya bila nak kahwin. Aku cuak jugak bila fikir balik pasal future aku. Gaji pun macam masyuk je. Contract ngan sponsor mungkin takde hal sangat kot. Ramai je yang stay even ada contract ngan sponsor dorang.

Akhir kalam aku nak minta korang semua supaya doakan aku kat sini. Aku pun mintak mak aku doakan aku jugak tapi dia tak tahu yang aku ada 'something'. Korang tahu aku ada 'something' so aku harap korang ringan2kan tangan doakan aku. Adios!

12 comments:

  1. Laaaa dah belajo kt luor negara rupanya. Kt sna selain dr study aku hrp kao jaga diri elok2. Pastu bleh le post cite yg best2. Aku doakn kao.

    ReplyDelete
  2. take care..jangan nakal-nakal..

    ReplyDelete
  3. nkal2 pun xpeee, kena beringat slalu

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Firstly, aku nak ucap tahniah pada ko sbb create this blog yang mungkin boleh jadi satu inspirasi/ sokongan pada gay2 di luar sana utk berubah. Honestly, aku mmg tabik spring kat ko sbb berani mengaku yang ko x normal (walaupun identiti disembunyikan demi kesejahteraan hidup ko sendiri). Seriously, first time aku rasa aku baca blog yang sgt jujur, walaupun kadang2 ada artikel yang x boleh blah dan angkat bakul sendiri :p. Sebelum aku komen melalut2 lagi, aku pon nak share pengalaman aku, mungkin boleh jadik panduan jugak utk yang mengalami nasib cam aku.

    Aku pompuan, alhamdulillah dilahirkan straight, ore kelate jugok, yeah gomo kelate gomo.. Tapi ditakdirkan waktu aku masih belum mumayyiz lagi, dan x kenal apa erti seks etc, aku telah dicabul oleh orang yang patutnya lindung aku. Aku yang sangat naif masa tuh hanya relakan sbb aku ingat tuh memang benda biasa yang orang akan buat kalau sayang kat kita (aku takdelah kena rogol, masih dara je) tp memang aku xleh maapkan dia bila aku tau apa erti benda tuh. Masa umur 9 tahun baru aku sedar, naif x aku? Sbb tuh aku rasa penting utk anak2 pompuan or adik pompuan masing2 utk dididik yang kalo orang buat macam ni etc salah, x patot. Jangan bagi dorang hidup naif cam aku, last2 jadik camnih. Sejak detik itu, aku jadi sangat benci dengan dia, dan kaum yang sejenis dengan dia (lelaki). Benci yang tahap extreme, sampai kalo aku tersentuh kulit lelaki ke, aku rasa nak muntah. Sampai adik2 laki aku jadi mangsa, kalo tersentuh aku sikit pon aku tampo semua, sbb mmg aku allergic dgn makhluk bernama lelaki nih. Tak kira tua atau muda, hatta kalo mereka pandang aku pon, aku dah menggigil. Jadi kehidupan aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah adalah sangat memperjuangkan feminism, dan aku paling pantang kalo ada laki minat aku, terus aku benci dan emo x pasal2. Macam2 aku buat utk elakkan orang pandang aku, aku jadi seselekeh yang mungkin, aku pakai bedak dashing lelaki supaya bau aku jadi cam laki supaya lelaki xkan ada napsu dgn aku dan macam2 benda yang aku rasa cam bodo sangat kalo aku kenang balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous yg post atas nie.. jarang dgr citer dri pihak prmpuan... kisah hdup kita hmpir sama kcuali kes masa kecik tu, tpi yg lain tu smua sama, prasaan thadap jantina lawan, sering tertanya mngnai taqdir, blajar oversea, xpenah luah pda sape, xpenah wat keje tkutuk tu, n sy llaki ala2 ustaz juga... sy rasa kita serasi, boleh berknalan.. kita sling mmhami... sy rasa umur kita sama atau sy lbih skit je... :) xpun plis knal kan dgn ssapa~
      p/s: sy sama je mcm llaki normal lain… Cuma prasaan je sdikit berbeda…. Actually x gay kot, but trauma kot dgn prmpuan…

      Delete
  5. Aku dulu sekolah sbp, so mmg adalah kat asrama budak tomboy yg cute (aku x tomboy tp aku penahlah terminat dia), dan aku ada kawan baik, selalu tido sekatil tp x penah buat benda terkutuklah, siap penah berjanji sama2 takkan kahwin sampai bila2 dan nanti amik anak angkat kita jaga sama2 haha... Tapi kawan baik aku tuh xtau aku sayang dia, dan sekarang dia dah kawin pon ada anak sorang dah, sob sob sob... Rahsia ini hanya aku dan Tuhan je yang tau..

    Dan aku rasa Tuhan tu Maha Adil, bila dia bagi ko banyak kelebihan, pasti akan ada kekurangan jugak, mana boleh perfect dowh..Tuh sebab bila aku baca entry ko,yang Mengenali Gay; Ciri- Ciri Gay, aku rasa kebanyakan ciri2 tuh ada jugak pada pompuan yang les. Serious cakap, susah nak jumpa stok2 les yang hodoh, kebanyakan dari mereka mmg cantik, (bukan cantik biasa2 jer, cantik yang sume laki akan rasa such a waste dia jadik les, bekerjaya hebat, pandai, have a good sense of humor, suka budak2). Senang kata kalo tengok, memang boleh jadik calon isteri solehah dan idaman, heh... Aku pon x terkecuali,

    Alhamdulillah Allah bagi aku banyak kelebihan, aku grad oversea (engineering), grad tahun 2010, so aku kakak pada ko hehe, keluarga aku orang baik2 dan dihormati masyarakat, dah ada company sendirik, keta, sume sebut jer apa yang orang nak sume aku ada kecuali suami.. Keluarga aku pon dah setat bising2, kawan2 aku pon dah perli2, ramai x caya aku x kawen lagi. Yerlah, semua serba serbi ada, suami aku nanti cuci kaki jer masuk umah, rupa paras ada, body boleh tahan, ( btw, aku nih stok2 ustazah,nape ek org camgini selalunya yang kuat pegangan agama), tapi aku asyik menolak kalo ada org nak aku, so camne nak kawin.. Sebelum aku bukak company aku sendiri (aku boleh dikategorikan sbg muda lagi, x masuk lagi 30 series), aku quit 2 previous job aku (as engineer) sbb ada laki minat kat aku... Punyalah extreme tahap kegelian pada laki sampai benti keja bila tau ada org minat kat aku, kronik x penyakit aku? haha.. Lepas tuh aku terus bukak company sendiri, skrg pekerja aku semua orang pompuan dan aku BAHAGIA hehe..walaupun aku begini (aku x minat lelaki bukan sbb dilahirkan begini, tapi oleh kerana peristiwa2 yang terjadi).

    ReplyDelete
  6. Aku jadik marah, frust sangat sampai aku pernah salahkan Dia kenapa takdirkan aku alami peristiwa x best itu, padahal aku xpakai seksi pon, xde lagi bentuk badan pon, x mumayyiz lagi dan ada juga peristiwa2 lain yang berlaku selepas aku dah baligh pon. Memang masa tuh aku rasa lelaki nih mmg mahkluk paling BODO dan KEJI kat dunia nih, sbb aku mmg dah tutup aurat aku dgn sangat sempurna (aku pakai tudung labuh kot), xpenah pakai baju lengan pendek dalam umah sendiri pon masih kena, mungkin aku berada di tempat yang salah bersama orang yang salah) Tapi bila aku dah join usrah dan majlis2 ilmu, aku redha ini sebagai salah satu ujian utk aku sbb Dia sayang aku lebih ;).. Sebenarnya banyak jugak kawan2 aku yang aku x sangka (memang dorg pon cun jugak, sbb tuh kena kot huhu) yang mengadu kat aku dorang penah kena masa kecik, dan aku hanya mampu mendengar dan bagi nasihat walaupun aku sendiri penah kena. Sebab tuh aku nak pesan sangat2, JAGA BAIK2 anak pompuan or adik beradik ko dari jadik mangsa kepada binatang2 ituh..

    Kenapa aku boleh terbuka hati nak share kisah aku kat sini? Entahlah, sbb aku rasa senasib2 org kat sini dgn aku, cuma nasib aku lebih malang sikit sbb aku jadi camni bukan atas kerelaan aku pon, atas kerana satu peristiwa yang seterusnya menjadi trauma dalam hidup aku sampai sekarang. Sbb tuh aku suka kawan dengan golongan2 cam ko atau yang lembut, sbb aku rasa sangat secure, sbb korang xkan ada nafsu dgn aku. Kadang2 aku rasa golongan cam ko ini lebih mulia jika nak dibandingkan dengan lelaki normal kat luar sana, sbb at least korang x penah hancurkan hidup pompuan lain.

    Terima kasih lah kat ko yang sudi share experience ko utk tatapan orang cam aku nih.. Aku pon skrg sdg cuba utk dekatkan diri pada Dia, setakat nih alhamdulillah aku x penah buat perkara2 terkutuk ( kekadang aku terbabas jugak tengok gambar2 pompuan cute and seksi) tapi aku x penahlah jalin hubungan series dengan mana2 pompuan walaupun dalam hati nakkk sangat. Series aku rasa aku paham apa yang korang rasa, tekanan dari masyarakat lagi, tekanan keluarga nak suruh kawin lagi, kedudukan dalam masyarakat yang nak kena jaga lagi, beratnya tanggungjawab. Aku pun xtau camne masa depan aku kelak, camne aku nak kawin kalo ada laki tengok aku je pon aku rasa nak tampo, tengok badan laki pon aku rasa cam badan ulat sampah, kalo kena sentuh mungkin aku boleh koma kot.. Entahlah, korang doakanlah aku semoga bahagia di dunia dan akhirat, x kisahlah kahwin ke tak, ada zuriat ke tak, yang penting bahagia ever after idok..Aku pon doakan korang agar dapat berubah, jadi insan yang normal dan seterusnya hidup bahagia bersama keluarga tercinta... Tapi kalo korang memang xleh sangat dgn pompuan, aku syorkan korang kawin dengan pompuan yang ada pengalaman cam aku, konfem akan dingin seks dengan korang, so xdelah nanti korang akan menzalimi mereka sbb dorang pon x hingin nafkah batin dari ko, and maybe u both can be bff disamping dapat mengabui mata masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous yg post atas nie.. jarang dgr citer dri pihak prmpuan... kisah hdup kita hmpir sama kcuali kes masa kecik tu, tpi yg lain tu smua sama, prasaan thadap jantina lawan, sering tertanya mngnai taqdir, blajar kt asrama pnuh n ke oversea, xpenah luah pda sape, xpenah wat keje tkutuk tu, n sy llaki ala2 ustaz juga... sy rasa kita serasi, boleh berknalan.. kita sling mmhami... sy rasa umur kita sama atau sy lbih skit je... :) xpun plis knal kan dgn ssapa~
      p/s: sy sama je mcm llaki normal lain… Cuma prasaan je sdikit berbeda…. Actually x gay kot, but trauma kot dgn prmpuan…

      Delete
  7. Ehh, panjang pulak aku membebel cam nih blog aku pulak, hehe.. Tapi series aku rasa lega sangat bila dapat luah kat sini, selama nih aku rasa dada aku cam nak pecah simpan rahsia nih sorang2 (aku x penah ngadu kat sape2 pon atas dunia nih), tapi skrg rasa cam lega sangat. Cuma satu jer aku nak pesan buat pedoman utk yang rasa kita nih abnormal berbanding orang lain. Walaupun kita sering mempersoalkan mengapa begitu begini, kenapa aku yang diuji bla bla bla, ketahuilah bahawasanya ada orang yang lebih malang nasibnya dari kita..(cam aku kena cabul jer, x kena rogol pon.. Aku selalu terbayang kalo orang lain yang kena rogol atau sumbang mahram, lagi kesian dan lagi trauma kot..owhh aku memang patot bersyukur) And at least kita nih 'gay' Muslim, kalo x buat apa2 aktiviti songsang dan taat perintahnya, balasannya syurga. Walaupun perasaan mungkin sedikit songsang, tapi mesti Dia akan bagi pahala berganda2 atas kesusahan kita menahan perasaan sendiri. Dia kan Maha Adil.. (mudahnya nak dapat pahala kan)..Cuba bayangkan orang kafir, x gay pon konfem masuk neraka, tuh lagi kesian huhu...Jadi moral of the story, mari kita bersyukur walaupun kita nih adalah gay/les/bi, sekurang2nya kita adalah Muslim, moga mati nanti pon as a Muslim dan dalam iman jugak, amin...

    Akhir kalam, good luck dik kat obersea nun, godaan dia lagi besar, huhu.. Kalo dah ada perasaan pada pompuan tuh cepat2 lah kawin, x kisahlah muda sangat ke masih belum bersedia ker, takut perasaan tuh nanti Allah tarik balik atau pudar mengikut peredaran zaman kang, huhu..Wokeh, gua chow dulu.. TQ. rerajinlah update, series syok baca ko angkat bakul sendiri, heh ;p...

    ReplyDelete
  8. salam... adik rupenya... tertunggu2 gak hang punya post yg baru.. tahniah, sy dlu pun oversea... citer kite lbih kurang... rmai antara kita berjaya zahiriah... tapi kt sane jaga iman, xde family yg nk control wlu sy dlu amik islamic studies... pndai2 kite jaga.... npe aq sorg xthu nama ko n fb ko... nk fb, nk kongsi citer... :)


    p/s: Anonymous yg post atas nie.. jrang dgr citer dri pihak prmpuan... kisah hdup kita hmpir sama kcuali kes masa kecik tu, tpi yg lain tu smua sama, prasaan thadap lawan, sering tertanya mngnai taqdir, blajar oversea, xpenah luah pda sape, xpenah wat keje tkutuk tu, n ala2 ustaz juga... sy rasa kita serasi, boleh berknalan.. kita sling mmhami... sy rasa umur kita sama atau sy lbih skit je...  xpun plis knal kan dgn ssapa~

    ReplyDelete