Tuesday, 1 April 2014

First Year Aku Kat Obersea :)


Rasanya dah dekat setengah tahun (6 BULAN) jugak lah aku tak post apa-apa. Selain sibuk dengan komitmen harian, aku sebenarnya ketandusan idea nak post.

Tetiba hari ni kalbu aku terasa nak post sebab lama sangat tak post. Just nak cakap aku dah grad Pre U kat college  aku  dan dapat offer kat satu university nih.
Kelab UMNO Luar Negara. Bendera tempat aku belajar sekarang pun ada.
And untuk beberapa ketika aku dah berada kat satu negara baru, university baru, environment baru dalam satu bidang undergrad. 

Sebenarnya tujuan aku kat sini nak hebohkan kat semua readers blog ni yang aku masih muda and unmarried. Sebab ramai yang message facebook aku atau email tanya camne hidup aku dah kahwin belum. haha aku relax je tapi yang aku takut kat sini ialah persepsi orang yang mungkin aggap aku seorang pak cik yang berumur 40-an.

Aku tak salahkan mereka sebab aku rasa dorang misunderstood mungkin sebab nama aku yang tak berapa muda and tak berapa jambu. hehe. mungkin aku patut tukar nama aku kepada yang lebih muda, jambu and fresh.


Berbalik kepada keadaan aku kat negara orang, jauh beribu batu dari Malaysia, actually okay je sebenarnya. Tak pernah home sick pun. Mungkin sebab kat sini komuniti Malaysia agak ramai. Undergrad,postgrad and yang kerja pun ada.

Kadang-kadang terpikir plak nak kerja kat oversea lepas grad nanti. Bukan ape kalau kerja kat oversea ni aku rasa (aku rasalah) tak ramai yang tanya bila nak kahwin. Aku cuak jugak bila fikir balik pasal future aku. Gaji pun macam masyuk je. Contract ngan sponsor mungkin takde hal sangat kot. Ramai je yang stay even ada contract ngan sponsor dorang.

Akhir kalam aku nak minta korang semua supaya doakan aku kat sini. Aku pun mintak mak aku doakan aku jugak tapi dia tak tahu yang aku ada 'something'. Korang tahu aku ada 'something' so aku harap korang ringan2kan tangan doakan aku. Adios!