Wednesday, 29 October 2014

Benda yang Hanya Budak Sekolah Agama Yang Faham

Dan ada antaranya berlaku kat diri aku sendiri


Di sebalik tudung labuh ini, mungkin... lesbo? (GAMBAR HIASAN)

1. People expect a lot from you

Happens every time
Lagi-lagi bila korang baru daftar masuk universiti, then member-member baru tanya sekolah mana. Nak menipu pun tak baik jadi korang terpaksalah mengaku korang sekolah agama dulu. Dan dorang pun akan expect kau ni selalu jadi imam kat surau dan setiap kali solat jemaah besar kemungkinan korang akan ditolak untuk menjadi imam ( so sape yang tak pernah jadi imam kat sekolah dulu memang masalah besar la). Dan tempoh masa untuk dorang still respect benda baik dari kau depends, kalau kau tunjuk contoh baik so lama lah skit, tapi kalau dah awal-awal buat benda tak senonoh (dating ngan awek, cakap pasal benda-benda lucah etc) so tak lama lepas tu dorang akan hilang respect kat budak sekolah agama. Well, bagi aku budak sekolah agama pun manusia juga, so kalau pernah melancap pun nak buat macam mana kan?

2. Rebutan Jemaah Usrah

Contoh jemaah usrah for those who don't know
Aku tak tahu kat Malaysia macam mana tapi macam itulah suasana kat tempat aku sekarang, lebih-lebih lagi bila time budak first year mendaftar. Tapi masalahnya budak sekolah agama ni la yang paling susah nak join usrah, alasannya sebab usrah ni boring dan rasa macam tak dapat apa-apa dari usrah, maybe sebab pengalaman dari zaman sekolah yang buat diorang fikir macam tu. Lagi-lagi bila naqib usrah bukan dari berlatar belakang sekolah agama.

3. Berusaha nak buang identiti sekolah agama

Biasanya kalau kau jumpa member yang still pakai kopiah kat universiti biasanya bukan budak sekolah agama pun. Budak perempuan pula dah tak ramai yang still pakai tudung labuh (termasuklah member-member aku sendiri) semua macam dah jadi hipster lah kononnya. Mungkin diorang (termasuk aku sendiri) buat camtu sebab takut nanti kalau buat benda yang tak betul last-last nama sekolah agama juga yang tercemar. So demi  memastikan kelestarian institusi agama, better buat macam ni(kot).

4. Culture shock

Contoh IPTS. Banyak lagi kolej-kolej lain (KBU, Sunwaty etc)
Benda biasa especially kat IPTS untuk Pre-U ke oversea. Dari biah islam ke macam-macam biah yang wujud. Tapi depends juga sebenarnya sebab ada yang memang dah biasa dengan kehidupan yang agak sosial tapi sebab dia budak sekolah agama, so orang akan ingat dia budak sekolah agama yang dah 'rosak' dan terkena 'culture shock'. 

5. When you are gay, you will feel either awesome, sad or both

Benda yang berlaku kat diri aku. First, kau rasa sedih dan bersalah sebab kau rasa macam kau dah mencemarkan agama sendiri. But lepas tu kau rasa kau agak awesome sebab walaupun kau macam ada kecelaruan seksualiti, somehow kau ada qualification nak jadi ulama( I mean asatizah). Kau kadang-kadang rasa kau lagi hebat dari ustaz-ustaz kau sebab kau rasa dorang jadi ustaz pun sebab tak dapat offer lain ( subject akademik tak skor so terpaksa lah ambik course agama) sementelah member-member kau yang ambik course agama semua score cukup-cukup makan (C,D) je untuk subject agama lepas tu further STAM STPM agama ( but you got A+ untuk semua tu despite of being gay, including Bahasa Arab Tinggi ) And semua budak scorer ambik course secular (e.g actuarial science, dentistry, medic, geology, engineering etc). Aku takde la pandang rendah kat geng-geng ustaz (lagipun dorang ni taste aku hahar) tapi kadang-kadang tu berapi jugak lah bila dalam ceramah ( tapi takde lah aku nak suruh puji) duk kutuk level gila babi semua LGBT ni, as if macam aku minta dilahirkan camni. 


Anyway aku takde lah nak suruh korang hilang respect kat ustaz tu semua, tapi entah, aku rasa nak luahkan perasaan aku kat sini. Tapi kena respect lah dorang ni sebab walaupun kau power bab agama sekolah dulu, tapi kau belajar takat SPM je, apalah sangat O Level (baca Ordinary Level) tu kan jika nak dibandingkan dorang para asatizah ni belajo sampat degree. 

Astaghfirullahalazim, adakah aku yang riak sebenarnya?....

Monday, 16 June 2014

That Feeling when Abang-abang Hensem You Got A Crush On Balik Malaysia and Get Married

Assalamualalaikum dan salam sejahtera,
 

So summer break dah start and aku boleh tengok ramai Malaysian berpusu-pusu menaiki kenderaan balik ke kampung halaman masing-masing kat Malaysia. 

Ada yang balik sebab dah grad, ada yang balik sebab memang dah cuti, and tak lupa sebab nak KAHWIN!

Gambar Hiasan

Back to the moment when aku first sampai sini ramai juga lah abang-abang and pakcik-pakcik hensem Malaysian yang aku ter'crush'. Dan dalam hati aku kadang-kadang berbisik, 


"Dalam ramai-ramai ni takde ke yang teringin nak CABUL aku. hehe."

Bila ada member-member yang rapat ngan dorang aku jadik jeles.Maklumlah takde abang-abang and pakcik yang rapat ngan aku, mungkin sebab aku ni agak kurang friendly dengan orang yang aku tak biasa.

Gambar Hiasan

 Tapi bila orang yang aku suka balik Malaysia sebab nak kahwin, aku macam rasa sedih. Ya tak patut aku rasa sedih tapi aku bukan nak pun rasa sedih. 

Apa yang aku mampu type bila ada gambar or event invitation hanyalah "Barakallah lakuma'" or "Mabruk, Tahniah!" or some other craps like that.

Aku bukan sedih sebab dorang TAK CABUL aku tapi aku sedih sebab aku fikir masa depan aku bila aku sebaya abang-abang hensem nanti dan aku perlu kahwin tapi aku tak mampu.

Even sekarang pun ada member sebaya yang balik Malaysia semata-mata nak bertunang ngan awek masing-masing. And yang bertunang sebelum fly pun ada.

Aku pula masih ''trying to be as straight as possible" , taruk wallpaper perempuan kat henset, saying " aku nak jimat untuk tabung kahwin, maklumlah aku orang susah" thing, etc and etc.

Guess what? It was during last winter in Edinburgh University!
Aku sedar yang ramai abang-abang and pakcik-pakcik hensem yang akan balik Malaysia dan aku sedar yang usia aku akan meningkat. Abang aku sendiri pun dah tukar dp ngan awek dia, tag aku cakap ni bakal kakak ipar.

Tapi aku rasa aku  masih okay, really......hmmm

Tuesday, 1 April 2014

First Year Aku Kat Obersea :)


Rasanya dah dekat setengah tahun (6 BULAN) jugak lah aku tak post apa-apa. Selain sibuk dengan komitmen harian, aku sebenarnya ketandusan idea nak post.

Tetiba hari ni kalbu aku terasa nak post sebab lama sangat tak post. Just nak cakap aku dah grad Pre U kat college  aku  dan dapat offer kat satu university nih.
Kelab UMNO Luar Negara. Bendera tempat aku belajar sekarang pun ada.
And untuk beberapa ketika aku dah berada kat satu negara baru, university baru, environment baru dalam satu bidang undergrad. 

Sebenarnya tujuan aku kat sini nak hebohkan kat semua readers blog ni yang aku masih muda and unmarried. Sebab ramai yang message facebook aku atau email tanya camne hidup aku dah kahwin belum. haha aku relax je tapi yang aku takut kat sini ialah persepsi orang yang mungkin aggap aku seorang pak cik yang berumur 40-an.

Aku tak salahkan mereka sebab aku rasa dorang misunderstood mungkin sebab nama aku yang tak berapa muda and tak berapa jambu. hehe. mungkin aku patut tukar nama aku kepada yang lebih muda, jambu and fresh.


Berbalik kepada keadaan aku kat negara orang, jauh beribu batu dari Malaysia, actually okay je sebenarnya. Tak pernah home sick pun. Mungkin sebab kat sini komuniti Malaysia agak ramai. Undergrad,postgrad and yang kerja pun ada.

Kadang-kadang terpikir plak nak kerja kat oversea lepas grad nanti. Bukan ape kalau kerja kat oversea ni aku rasa (aku rasalah) tak ramai yang tanya bila nak kahwin. Aku cuak jugak bila fikir balik pasal future aku. Gaji pun macam masyuk je. Contract ngan sponsor mungkin takde hal sangat kot. Ramai je yang stay even ada contract ngan sponsor dorang.

Akhir kalam aku nak minta korang semua supaya doakan aku kat sini. Aku pun mintak mak aku doakan aku jugak tapi dia tak tahu yang aku ada 'something'. Korang tahu aku ada 'something' so aku harap korang ringan2kan tangan doakan aku. Adios!