Sunday, 20 October 2013

So My Gay Friend Asked Me "What is good bout being a Homo?"


Assalamualaikum,

Rasanya aku dah citer kat korang pasal kawan aku sorang ni yang gay, tapi dia tak tahu yang aku ni pun gay jugak (dia yang citer kat aku, bukan aku yang selidik). 

Gambar Hiasan
Aku namakan kawan aku ni A.

Alhamdulillah dah rezeki dia. Dia dapat sambung belajar kat sebuah negara omputeh kat luar negara. Kitorang sebenarnya bukan belajar satu sekolah pun, just kenal sekejap kat sebuah asasi IPTA dan keluar atas sebab masing-masing dapat tajaan untuk ke oversea jugak. Tapi tempat pre-U kami lain-lain.

Kitorang selalu jugak hangout sesama sebab aku ni xde transport so nak gi mana-mana senang ajak dia sebab dia tak banyak soal (mungkin, dalam hati tak tahu). Nak ajak member member aku memang tak lah kot, alasan common takde duit lah, cakap aku loaded lah, nak study lah...

Gambar Hiasan
Time dia bagitau aku pasal gayness dia pun beberapa minggu sebelum dia fly. Aku pun rasa macam agak 'dihargai' dan 'dipercayai'. Yelah we barely know each other tapi dia dah gitau his greatest secret in life. Anyway dia gitau yang selain aku, ada beberapa insan lain yang bertuah yang dia dah gitau hal yang sama. Antaranya termasuk lah beberapa kawan2 beliau di kolej tempat Pre-U beliau.

Straight to the point, last week, dia mengadu kat aku yang housemate dia sekarang dapat tahu yang dia ni gay. Puncanya ialah kawan si A yang khianat telah memberitahu housemate si A tentang A's gayness (faham tak? aku dah buat ayat style SPM ni haha)


So A ni amat berdukacita atas apa yang berlaku terhadap hidupnya akhir-akhir ini. Sebenarnya sebelum roomate dia yang ni tahu, dah ada sorang lagi yang dah tahu. A ni bagitau dia bagitau housemate dia yang lagi satu tu sebab kononnya at least ada yang boleh bimbing dia kalau terjebak, and satu lagi sebab dia fall in love kat mamat tuh..hehe. 


So aku ni terpaksa lah bertindak sebagai seorang kaunselor, walaupun aku ni gay jugak. Aku nasihat lah si A ni camni camni. Then aku suruh lah dia mesej kat mamat yang khianat tuh. bagilah hadis sket pasal orang yang membuka aib orang ni.

Then nak tahu dia cakap apa?
"you know,if this really is a test 
 I'd failed it everytime when i face trouble, i keep blaming Him
 i think i'm too weak for the test
 there're just too many tests 
then with this Big thingthen bila berckp dgn lelaki
 I tend to mengecilkan diri
mcm mana nak maju dlm hidup kan
 I dont know how to avoid that
 then i dont know how to get along with people
 right now i still dont have new friends
 i'm sorry ckp banyak pun tak guna kan
sorry for making you feel annoyed
 I'm being selfish
 really, lps ni i'm not sure if i'll meet you
 malu sgt sbb dah crita bnyak benda teruk about me
 i dont even think you'd want to meet me"

Hmm besar jugak masalh dia. Tak dapat terima qada' dan qadha kot. Hmm aku pun gitu jugak dulu.

Then dia tanya aku lagi,

"what is good bout being a Homo?"

Actually aku tak jawab pun sebab aku terlelap lepas tu.(sebab prbezaan time zone) . 
Mungkin dia sedar aku tak dapat jawab...so...



Seriyesly aku rasa amat amatlah kesian kat beliau. SO aku mintak jasa baik korang semua supaya komen kat bawah ni , bagi idea sikit untuk aku tolong beliau. And jika si A ni tengah baca blog ni (sebab aku tengok audience pun banyak jugak dari negara tempat si A belajar) ketahuilah aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko.

Peace. Adios.

p/s :  

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya.....


46 comments:

  1. x dak baiknyeee ttg homo, banyak plak buruknyee. wlpun aku gay @ biseksual, aku benci homo n sewaktu nganyee. ramai gak kengkawam gay aku yg dah kawen dpt anak jeee, teruih lupa dunia gay. aku pun dah x sabag nak kawen, mungkin tu satu2nyee jalan akhir yg ada tuk kluar dari dunia gay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl2...skrng aq tgh buang perasaan suke pd lelaki...aq sbnr nye agk beruntung sbb aq bisex..aq suka pmpuan n dlm mase y same aq suka lelaki...aq pon bernasib baik sebb x pnh bt sex y teruk la(main sex) paling jauh pon sekali je tu pon just romen siket2...sekrng ni aq ad awek n tggu habis stdy taun ni n keje...lepas tu awek aq ajak tunang taun dpn...aq harp semua nye berjalan dgn lncar

      Delete
  2. first... tu la risiko kalo bgtao masalah kt member. kadang kala member ni cenderung guna kelemahan kita ( yg mungkin kita ceritakan padanya) bila waktu terdesak.. aku pernah jer hadap member2 cam ni.. so kena la bsikap selective...
    2. buruk baek sesuatu tu ada hikmahnya. walaupon menjadi/mengamalkan homoseksual tu salah ( tertakluk pada norma masyarakat dan syariat), ada hikmahnya. kita diuji.. yg kaya diuji dengan kekayaannya.. yg miskin diuji dengan kemiskinan yg menimpanya... yg pandai diuji dengan kepandaiannya... dan yg kurang cerdik diuji dengan kekurangannya. begitu juga bg kita, yg str8 diuji dengan str8nya... yg tersasar diuji dengan liku2 nya... tak kira baek ke buruk tempat kita berada, kita semua sedang diuji...
    3.jg hubungan dengan Allah, insyaallah allah akan jg hubungan kita sesama manusia... jg solat... bykkan mngadu dengan allah.. dia maha mendengar... (",)
    4. berhenti menyalahkan sesiapa... just stop it... bhenti mnyalahkan diri sendiri... berhenti mnyalahkan tuhan... tarik nafas, kosongkan fikiran.. dan sematkan dalam hati, aku bersyukur kerana diuji, kerana tu bukti Allah masih sayang dan "pandang" aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks guys sebab sudi komen. FYI aku dah settings blog ni supaya semua komen akan di filter sebelum di publishkan. harap maklum.

      Delete
    2. fallen anggel, aku smalam x leh tidur lena asik ingat bila ko cakap jaga solat n slalu berdoa. solat aku jaga juga cuma doa jeee aku x sempat, slalu mengejar waktu. Aku ada dengar, solat akan jaga kita dari bermaksiat (aku leee). jgn2 solat aku x ditrima tak. aku slalu tewas pada tiap godaan. sebenarnya aku pun dah letih nak fikir sumee nihhh. kalu x ingat nama baik mak bapak, nak aku announce satu dunia aku nih gay,,, x tak larat nak tanggung beban.

      Delete
    3. Jazzlee, sekarang ni tak kira announce lagi ke? haha

      Delete
    4. x kottt, dia orang sume x kenal aku,
      aku tingin ada privicy sendiri, bila kluag jalan, x dak mata lelaki memandang semacam, bila g toilet, x dak orang ekori. aku dah penat hide status aku. dah puas aku selidik diri aku x jumpa pun apa2 perbezaan ngan lelaki normal lain. sama jaaaa. aku bosan pada gelaran golden face, the pearl of man stage. aku nak jadi lelaki sejati gak. Tuhan aku merayu padaMu, hilangkanlah bebanan ini dari diriku. aku takut aku tak mampu bertahan lagi.

      Delete
    5. Aku pun sedang berjihad untuk melawan nafsu songsangku. Insyaallah semuanya akan baik2 saja. :)

      Delete
    6. aq pon tgh berjihad..sebnar nye org luar x tahu y kite ni tgh berusaha nk berubah tp susah...ibarat seorang penagih dadah..walau pon dy dah ditangkap dan dimasuk kan ke pusat pemulihan tp dy tetap akn amik bende tu walau pon siket..mcm kite la..berubah ni bkn bende y mudah..ia amat susah untuk kita hadapi...

      Delete
  3. nordin ko tlg dlete komen aku tuh, banyak sgt kuarnya, malu lak akuuu..

    ReplyDelete
  4. Kata kat kawan ko tu, dia KENA TERIMA ujian yang Allah bagi. SEBAB ADA ORANG LAGI BERAT UJIANNYA TUHAN BAGI dari DIA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah. hmm benda ni senang cakap tapi nak buat tu yang susah. btw thanks sebab bagi cadangan

      Delete
  5. ape kate suruh die baca blog abg najmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bagi cadangan. tapi tak tahu nak bagi ayat yang sesuai. tapi masalah beliau sekarang ialah kena banned oleh rakan-rakan beliau. tu yang susah tuh.

      Delete
    2. kat oversea ye???...hmmm kat sana byk organisation islam kan....ape kata join....muslim yg oversea slalu nye diorg tak prejudice kan????bleh la sharing problem

      Delete
    3. Syaz Wani, memang lah banyak organisasi islam. but when it comes to homosexuality most of the times memang sama je. Lagipun dia ni baru kat negara tersebut. Maybe taktahu lagi macam mana nak jumpa organisasi tuh.

      Delete
    4. hmmm..yg penting bg die yg u akan selalu support die....and bg tau die takpe la kalau dlm pandangan manusia dia teruk tp dlm pandangan tuhan dia lbh baik( macam uwais )..... dan perbaiki hubungan dgn allah insyaallah hubugan dgn manusia baik & mungkin akan di pertemukan dgn sahabat yg baik...pengubat hati yg plg best adalah alquran ( baca dgn terjemahan ).. .maybe boleh suggest buku la tahzan untuk....gud luck

      Delete
    5. terima kasih syaz wani. sebenarnya saya lah yang selalu menjadi tempat dia mengadu. tapi kadang2 tu rasa macam hipokrit lah plak sebab dia tak tahu yang saya ni gay.

      btw syaz wani sape ek? nak kenal lah jugak sebab selalu je komen dalam blog ni.

      Delete
    6. manusia yg sedang serabut dgn masalah...

      Delete
  6. Assalam, sudah lama saya mengikuti blog ini. walaupun jarang update, tapi padat dan mampu memandu saya yang selalu sesat ke arah jalan belakang. mmm..

    berkenaan masalah saudara encik Nordin Jusoh itu, saya cadangkan dia carry on dengan life dia. itu sahaja yang dia dapat lakukan, lebih2 lagi selepas kawan2 dia telah memulaukan dia sbb orientation dia yang telah terbocor..
    dan in shaa Allah, suatu hari nnt, dia akan berjumpa kawan yang mampu menerima dia. sama ada homo atau straight..

    tiada apa yang boleh dia lakukan, kerana menjadi homo itu satu taboo dan lebih2 lagi setelah diketahui satu kampus atau roommate/housmate. hanya mampu tebalkan muka dan buat donno. saya faham perasaan itu. mmg perit..

    in shaa Allah, dipermudahkan segala urusan saudara berkenaan. saya doakan.

    MHAR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. terima kasih kerana menyokong blog saya. Sebenarnya tujuan asal saya membuat blog ni adalah untuk meminta pertolongan daripada gay yang berubah menjadi straight ( sekiranya ada) tapi tak sangka pulak ada yang terdorong dari blog ni. alhamdulillah

      Delete
    2. oooo ko yg nak berubah yeee, senang jeeee, sumenyeee ada ditangan ko sendiri. slagi ko ada kat sini, ko akan tetap slamanya begitu. ko ckp ko tak dak feel kat ponpuan, ko kena carik jugak part mana yg ko suka kat ponpuan. klau x leh ko kena asah pemikirian ko juga utk sukai benda yg ko x suka, lambat laun ko akan suka jugak. cam aku, aku x leh tgk buah dada ponpuan, memang aku stim gilerrr tambah2 lagi dia orang punya "barang" lagilah buat aku sasau. Ramai kengkawan gay aku yg berubah, semuanya hanya bermula dgn jogging sahaja, dengan syarat ko kena lupakan terus apa2 yg berkaitan ngan dunia gay. baru ko boleh, kalo tak penat ajeee ko dok mengharap. rugi ko kalu x test ponpuan, sdap gilerrrrrrr

      Delete
    3. JAZZLEE: haha, easy for u to said. everybody had their own story, don't ever put everyone on a same page as u. got it?

      Delete
    4. sorry, just my opinion side. all my gay friend practice like that.

      Delete
  7. Terima kasih Encik Nordin Jusoh, untuk blog nie. Frankly speaking, I do noticed some good changes about myself. Hanya Allah SWT yang tahu.. As I dont think I need to mention over here, too many homophobic I bet.

    Doakan saya berpaling ke jalan Allah kembali. Sekarang saya senang dengan kehidupan saya alhamdullillah. Semoga jauh daripada perbuatan terkutuk itu. I'd found solace in zikr. Doesn't meant I'm here reading your blog, I'm looking for 'it'. Reading and interacting are essential, especially the one who understand us most..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. Jadi.. samalah kita.. Menyembunyikan diri dari kawan2.. kerana kita tak pasti apa yg jadi.. sukar nak cari kawan yg memahami.. saya faham sgt keperitan tu.. dunia ni sudah begitu menggalakkan gejala ni utk berlaku.. sukar sekali utk kita jauhkan diri.. saya pasti ini dtg dari hati yg lemah.. ujian kita ini adalah hati yg lemah.. maka kita harus kuatkan diri utk berhadapan dgn hati kita sendiri..Semoga Allah melihat usaha kita utk cuba nmengubah diri.. dia beruntung kerana dpt berkongsi masalah dgn kamu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. That's the reason why i never tell anyone about this thing. sebab takde orang yang akan paham. pastu kalau dah tahu, kita pula yang kena pulau. mungkin dia agak bertuah untuk share masalah ngan saya, tapi bagi nasihat dan doa je lah. dia beribu ribu batu dari tempat saya belajar.

      Delete
    2. well.. its been awhile since i support myself.. let us support together.. saya akan terus membaca blog ini.. kdg kdg.. mungkin bersama.. barula kita kita yg nak berubah ni dpt berubah.. aside from marriage la.. saya masih muda dn tgh sambung blaja.. tak terfikir lagi nak kawen.. hahaha.. :)

      Delete
    3. For me lah, pernah juga alami situasi ni. Yelah org yg kita trust right? Of course lah dia share even kisah silamnya buruk ( kalau sayalah dulu ) . Pernah hari tu saya share kisah silam saya dekat kawan saya, responsenya like a bit of negative lah. Tapi dia ok, cuma just mcm nk lari/mengelak. Kesian beb masalah dia. Buat saya makin prihatin dekat dia.
      Cakap pasal prihatin, org selalu salah anggap tentang orang gay yg mna org gay tu nk gay ngn lelaki. Padahal dia just amik berat je. Don't worry, biar org gay tu dihina, jgn dia menghina balik. Kalau perlu, luahlah melalui laman sosial. Ya maybe segelintir akn kata merepek, tapi ini hakikatnya beb. Kalau saya dgr masalah org, seriusly rasa sedih. Susah beb nk cari org yg memahami zaman sekarang. Seriusly saya sedih and kesian dgn dia. Tambahan pula dgn komen yg saya nampak ni.
      I also like that dulu. Ok keep strong 😁

      Delete
  9. recently, member aku macam dah dpt detect yg aku ni plu. tp aku just wat muka suci dan berkata, "apa yg ko mrepek ni jajan ???" haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. member aku pun ade sorang cam dpt detect. pompuan lak tu. "ngko gay erk?" terkesima jap bila dia tnya. mmg aku trus berlakon tahap sinetron n then bg jwapan sama cam ngko..

      Delete
    2. bende ni pon berlaku kt aq bro..aq ni suke tgk lelaki hensem..aq pon boleh di kate kn ad rupe la..membe2 aq suke perhati kn aq klu time ad lelaki hensem jalan depan aq..aq cover baik la..bende ni x blh nk ubah..padahal aq sedikit sebayak dah berubah ke arah pmpuan la..klu dulu lelaki 50 pmpuan 50..skrna lelaki30 pmpuan 70..hahhaha cover bg baik siket..tp lantak la jnji dia org x tahu 100%..biar la bermain di fikiran dia org je..hahaha

      Delete
  10. Actually ad baiknye kite dilahirkan mcm ne, byk yg menjadi peringatan utk aq, cth, kita semua merupakan umat akhir zaman, jd memudahkan lah diri utk beringat utk membuat persiapan utk hari "esok".

    lagi stu, sentiasa ingat, setiap apa nikmat atau dugaan, kesempitan yg diberikan kpd kite, semua adalah utk meringankan azab kita dihari perhintungan nnti. wallahualam.

    kadang2 aq bersyukur, aq dilahirkan camne, sekurang2nye aq xselfish, dan xlupe yg xkire seburuk mane pon org buat kt kite, kite pon ad dosa2 besar yg kita lakukan. setiap perkara buruk yg berlaku kt kite, semua disebabkan kesalahan masa lampau kite, yg lemah, berdosa, kotor.

    sabar, akur, taubat, lupekan, maafkan shja mereka. doakan yg terbaik, xperlu berdendam.

    ReplyDelete
  11. JAZZLEE... biseksual aku rase xde problem pun... just bagi yg mmg perasaan nye thdap laki saja tu yg susah... mmg susah ibarat suruh laki normal kawen dgn laki, boleh muntah, cmtu lah kami klu paksa khwin dgn prmpuan, apa pun xnaik, geli, kesian n mmg xde perasaan... sedih nyaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang aku leh kawen, aku pantang tgk ponpuan cantik, masalahnyaaa kat laki pun nak jugakkk, kalu kawen rasa bersalah laa plak kat pasangan kerna aku pun dah ada awek. so ko x yakin tak yahlah kawen, buat kesian kat ponpuan ajaa. sambil2 tuh try jugak berusaha utk sukakan ponpuan. kalau tak nanti tua keseorangan lah kita.

      Delete
  12. ermm , haha , aq pun x thu nk komen apa , btw , ko plajar maahad muhammadi lelaki kan ?

    ReplyDelete
  13. ermm , aq pun x thu nak komen apa , btw , ko nih plajar maahad muhammadi lelaki ehh ? kat mana ?

    ReplyDelete
  14. Rasanya sudah ramai teman-teman lain yang beri nasihat yang baik. Apepun bagi saya orang seperti dia janganlah dibiarkan sendirian. Kawan saudara tu perlu kuat. Perlukan sokongan berterusan. Bagi yang lain yang masih mempunyai niat untuk berubah, syukur sesangat. Teruskan bertahan. Ketahuilah Allah bukan nak tengok hasil dari usaha kita sebab hasil bukan dari kita tapi dari kekuasaan Allah segalanya. Yang Allah nak tengok samada kita nak berusaha atau tak. In sya Allah doa saya tak putus untuk kalian semua.

    ReplyDelete
  15. Rasanya, dlm dunia spt ini, komunikasi spt dorongan, nasehat dan saling membantu amat perlu. Kalau tidak kita akan keseorangan dan jadi buntu, putus asa dan cari kesalahan kenapa jadi begini.
    Ia bukanlah ujian yg mudah.
    Sy juga begitu dahulu.
    Mungkin lebih teruk kut.
    Dr waktu sekolah sering di perlakukan yg tidak sepatutnya.

    Kemudian berkahwin atas pilihan keluarga.
    Risau giler macam mana nak lalui malam pertama.

    ReplyDelete
  16. Namun walau telah berkahwin, namun pengalaman dan peristiwa lampu akan kekal dlm minda dan keinginan pasti ada.
    Namun selalu dengar antara 2 khutbah jumaat dan doa masa sujud adalah lebih dekat dng Allah.
    Dan terus berdoa sbb hanya Dia yg berkuasa.
    Dan yakin sesuatu yg terjadi pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete
  17. assalam..baru 1st time baca ur blog..quite impressive..to be honest,actually nk cari blog utk stim2,sekali terbukak blog ni. anyway, sekadar nk berkongsi pengalaman..start jd so called gay maybe darjah 3,hampir kene liwat dgn cikgu sendiri(cikgu try fc#k tp xleh sbb besar sgt n wut do u expect bdk darjah 3)..mule2 jadi,mase tu main sorok2 kat dlm kelas,pastu menyorok bwh meja cikgu,cikgu amek tgn,pgg die punya..rasa lain..lain yg seronok..lepastu amek tuisyen dgn cikgu n masa tu la kene fc#k yg xberjaya tu..pastu mula la sangap..kebetulan jupe sepupu plak,men raba2. pastu sampai oral..sampai besar kot berlarutan..pendek cite aku kire almost 13 org yg aku pernah terlanjur..sumtin im never proud of..yg aku menyesal, dulu2 abes kuat mmg oral je..sampaila aku tercouple dgn ex bf aku. die ajar aku main belakang. sumtin i wish i never do!sampai 3sum...banyaknya dosa aku. anyway, lupe nk bagitao..im married with 3 sons. so, sape yg ckp kahwin is d solution, dats a BIG NO!it just make things worst. 3 org anak, so org sekeliling anggap mmg str8 la sgt. tp..realitinya..aku selalu x stim bile dgn wife..so,bile nk bersama,aku akan layan cite blue dulu,pastu trus bersama. bila difikirkan, aku agak menyesal berkahwin,sbb aku agak menyiksa bab batin isteriku. sebulan 2 kali je. die pernah tanye, abg ade prob ke? aku slalu ckp xlah,maybe penat..aku selalu terfikir adakah lebih baik aku berpisah dgn isteriku drpd menyiksa dia?masalah aku, ni melibatkan family 2 family..n dlm fam aku xpernah ada perceraian. n plg penting aku syg anak2 aku . diorang nyawa aku..si back to benda yg aku nk share, kalau nk berubah, xperlu tanya org lain. tanye diri sendiri...n nk berubah jd totally str8? almost impossible, wlaupon almost impossible, masih ada chance..

    ReplyDelete
  18. aku ni dah beberapa kali nak insaf n dah pernah betul2 insaf..tp tersungkur...aku skrg ada bf baru..adus..salah sendiri. benda utama klau nak insaf, xperlu ada fb, whatsapp, wechat ,ig or twitter dan yg sama waktu dgnnya. aku kalah kat wechat. aku jupe bf aku kt wechat. yg peliknya..die tahu aku dah beristeri n ada ank..tp nk jugak..haih..its complicated ..too complicated. mane x nye..hati nk berubah, at the same time aku dah syg gile kat bf aku. baru umor 19 kot..mmg suci murni..n skrg aku letak die kat umah sewa aku. aku n wife dok umah yg wife aku beli..umah aku..aku buat sewa.konon la bf aku sewa..tp xpon..dosanya aku..aku xpernah lupa doa..ya Allah,hilangkanlah nafsuku terhadap lelaki..it just..kdg2 usaha tu xkuat sgt..nmpk org ensem sikit..mulala goyang iman yg senipis kulit bwg..so skrg ni aku pk cmni..to the least, aku x main dgn rmai org..just dgn bf aku je..n sebolehnye..nk oral je..lgpin bf aky xpenah kene, buktinya..mmg die bleeding mase 1st kene..tp bile aku pk blk..tu hasutan setan nak meghalalkan apa yg haram..sampai saat ni,aku masih confused cmne aku nak insaf n taubat nasuha .aku solat n solat sunat..tp maybe ada yg xsempurna dlm solat..so solat aku xdpt bendung aku dr buat dosa besar..

    ReplyDelete
  19. cmne lah nak insaf..disekeliling kite terdedah dgn lelaki n environment yg menjurus nk bg kite stim .cthnya..toilet..sah2la kite kene g toilet lelaki..n tipulah kalau gay ckp x rase ape masuk toilet...kurang2 pon mesti slalu pk, klaulah dpt tgk k#nek...tul x? dahtu cmne kite nk berubah?..sbb tu aku rasa its almost impossible..kene betul2 kuat baru berjaya..n remember..yg susah bkn utk berubah, tp nak kekalkan perubahan...cthnya, aku pas kawin mmg berubah totally,xpenah miss g masjid. tp tahan setakat setahun je. masa wife aku berpantang..aku pon langgar pantang. so yg ckp dah berubah tu,tanye die, masih bertahan ke dgn perubahan?kalau ye..tlg bagitao aku sbb aku leh gerenti..xde..aku ckp berdasar pengalaman..theres no rite or wrong.

    ReplyDelete
  20. sedikit biodata aku..mmg org melayu xde campuran, kawin dah 6 thn..umor 30++..study sek agama n pastu dpt buat persediaan kat uitm then sambung study kat uk..yg ada upon tyne kat blakang tu..kerje as ptd..tp xbrani nk bagitao kem mane..sbb aku tao byk je ptd yg gay..ala..masa kat intan tu..byk je aku scan..aku xpernah miss solat..cuma skrg dah jarang pergi masjud n solat sunat dah xistiqamah..maybe tu sbb kot perubahan xistiqamah..just aku nak tao kot2 sape tao..ape hukum aku xnk berpisah dgn isteri aku sbb aku bknlah xbg nafkah batin lgsg..just jarang2 n aku syg anak2 aku n mertua aku..n aku ada keinginan nk berubah..so aku masih simpan harapan utk jd 1 perfect family..not just in portrait. for sure,aku xkn confes kat wife aku sampai mati..aku syg wife aku walaupon masih xmampu mencintai dia..tp aku jugak cinta bf aku walaupon aku tahu itu salah..lastly, aku rasa gay xkn boleh dibuang, tp boleh diikat..mcm nafsu..kan dlm islam ada ckp..ikatlah nafsumu dgn iman..wallahualam..

    ReplyDelete
  21. Slm.. Sy seorang wanita brumur 26. Sy jg d lahirkan spt anda. Mmpunyai naluri suka dgn wanita. Bezanya sy bkn seorang pengkid. Sy mnjga aurat sy. Sy mnjga batas sy. Cuma wallahi, susa sgt bila d uji dgn rasa ini. Stp hr brdoa moga Allah Taala cabut perasaan ini. Tp smkn kuat doa, smkin kuat ujian. Kdg2 jeles tgk kwn2 semua dh nk kahwin. Sy trkontang kanting dgn rasa ini. Sy mmpunyai sglanya, sy mmpunyai kerjaya dan hrta sndiri. Kdg2 rasa Im perfecf for a guy if tgk luaran. Tp hakikatnya. I'm just a lonely person hiding and faking my feelings. Knp kte d uji sbgni rupa. Sedihnya hnya Allah yg tahu.

    ReplyDelete