Sunday, 20 October 2013

So My Gay Friend Asked Me "What is good bout being a Homo?"


Assalamualaikum,

Rasanya aku dah citer kat korang pasal kawan aku sorang ni yang gay, tapi dia tak tahu yang aku ni pun gay jugak (dia yang citer kat aku, bukan aku yang selidik). 

Gambar Hiasan
Aku namakan kawan aku ni A.

Alhamdulillah dah rezeki dia. Dia dapat sambung belajar kat sebuah negara omputeh kat luar negara. Kitorang sebenarnya bukan belajar satu sekolah pun, just kenal sekejap kat sebuah asasi IPTA dan keluar atas sebab masing-masing dapat tajaan untuk ke oversea jugak. Tapi tempat pre-U kami lain-lain.

Kitorang selalu jugak hangout sesama sebab aku ni xde transport so nak gi mana-mana senang ajak dia sebab dia tak banyak soal (mungkin, dalam hati tak tahu). Nak ajak member member aku memang tak lah kot, alasan common takde duit lah, cakap aku loaded lah, nak study lah...

Gambar Hiasan
Time dia bagitau aku pasal gayness dia pun beberapa minggu sebelum dia fly. Aku pun rasa macam agak 'dihargai' dan 'dipercayai'. Yelah we barely know each other tapi dia dah gitau his greatest secret in life. Anyway dia gitau yang selain aku, ada beberapa insan lain yang bertuah yang dia dah gitau hal yang sama. Antaranya termasuk lah beberapa kawan2 beliau di kolej tempat Pre-U beliau.

Straight to the point, last week, dia mengadu kat aku yang housemate dia sekarang dapat tahu yang dia ni gay. Puncanya ialah kawan si A yang khianat telah memberitahu housemate si A tentang A's gayness (faham tak? aku dah buat ayat style SPM ni haha)


So A ni amat berdukacita atas apa yang berlaku terhadap hidupnya akhir-akhir ini. Sebenarnya sebelum roomate dia yang ni tahu, dah ada sorang lagi yang dah tahu. A ni bagitau dia bagitau housemate dia yang lagi satu tu sebab kononnya at least ada yang boleh bimbing dia kalau terjebak, and satu lagi sebab dia fall in love kat mamat tuh..hehe. 


So aku ni terpaksa lah bertindak sebagai seorang kaunselor, walaupun aku ni gay jugak. Aku nasihat lah si A ni camni camni. Then aku suruh lah dia mesej kat mamat yang khianat tuh. bagilah hadis sket pasal orang yang membuka aib orang ni.

Then nak tahu dia cakap apa?
"you know,if this really is a test 
 I'd failed it everytime when i face trouble, i keep blaming Him
 i think i'm too weak for the test
 there're just too many tests 
then with this Big thingthen bila berckp dgn lelaki
 I tend to mengecilkan diri
mcm mana nak maju dlm hidup kan
 I dont know how to avoid that
 then i dont know how to get along with people
 right now i still dont have new friends
 i'm sorry ckp banyak pun tak guna kan
sorry for making you feel annoyed
 I'm being selfish
 really, lps ni i'm not sure if i'll meet you
 malu sgt sbb dah crita bnyak benda teruk about me
 i dont even think you'd want to meet me"

Hmm besar jugak masalh dia. Tak dapat terima qada' dan qadha kot. Hmm aku pun gitu jugak dulu.

Then dia tanya aku lagi,

"what is good bout being a Homo?"

Actually aku tak jawab pun sebab aku terlelap lepas tu.(sebab prbezaan time zone) . 
Mungkin dia sedar aku tak dapat jawab...so...



Seriyesly aku rasa amat amatlah kesian kat beliau. SO aku mintak jasa baik korang semua supaya komen kat bawah ni , bagi idea sikit untuk aku tolong beliau. And jika si A ni tengah baca blog ni (sebab aku tengok audience pun banyak jugak dari negara tempat si A belajar) ketahuilah aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko.

Peace. Adios.

p/s :  

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya.....