Saturday, 16 March 2013

Gay Memang Bodoh, Tak Paham seronok Sangat ke Tutuh Lubang B****t Orang

Assalamualaikum,

Sungguh menjijikkan terdapat segelintir di antara kita yang memilih untuk menjadi gay yang jijik, ataupun lesbian. Sungguh berlawanan dengan fitrah manusia! Mengapakah mereka begitu jijik?Sedangkan haiwan pun tidak pernah melakukan perkara yang sedemikian rupa jijiknya. 



Liwat, atau seks luar tabii, perlakuan jahiliah kaum Nabi Lut yang jijik ini kembali berulang pada zaman yang serba moden ini. Mahukah kita mendapat azab sebagaimana azab yang ditimpakan ke atas kaum Nabi Lut AS yang jijik?



Ambillah iktibar dari peristiwa tersebut. Bahkan dalam al-Quran ada menyatakan tentang perlakuan jijik kaum nabi Lut yang melakukan aktiviti homoseksual:


Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu."Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?" Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): "Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

Cuba kira berapa perkataan jijik dalam paragraph kat atas?


hehe..cewah bajet straight la plak aku ni.sorry la dah lama tak update blog aku ni. Aku sangat2 sibuk sekarang sebab tangah exam. Baru masuk semester baru ni sangat2 la busy dengan sbjek-subjek baru yang amat mencabar.

Apa perasaan korang selepas membaca perenggan jijik kat atas? Marah? Atau setuju?




Begitulah kata-kata yang akan dikasi oleh mereka yang mulia dalam kalangan kita (orang straight, ustaz dan ulama), yang  mana mereka ini bagaikan sudah pasti mendapat tiket untuk ke syurga dan of course tiket untuk melabel kita, golongan jijik.

Sebagai seorang gay yang ingin berubah ke arah kebaikan, memang banyak giler ujian yang dialami. 

“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”

(Surah al-Ankabut: 2)




Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ada yag sudi mendengar pun, adalh terdiri daripada mereka yang senasib, yang mungkin membawa aku ke arah yang lebih teruk.

Tak tahu nak start camne. Tak de kisah gay yang berubah menjadi normal sepenuhnya.

Seriously, aku harap agar lebih ramai dari golongan ustaz atau ulama yang gay, supaya dorang akan paham hakikat sebenar menjadi gay.



Aku tak  pilih pun benda ni. Kalau aku diberi pilihan, takkan la aku nak jadi gay.

Wahai golongan yang mulia ( yakni golongan straight dari kalangan ustaz dan ulama), adakah antum semua pilih nak jadi straight? Hal anta takhyir an takuna 'straight'?

Pasti tidak bukan?

Allah telah memilih kalian untuk mempunyai nafsu yang normal sebagai ujian. ujian tersebut adalah bagaimana anda bersyukur dengan nikmat tersebut. 



Ujian kepada kami golongan yang jijik plak (gay) ialah bagaimana kami mampu menahan nafsu kami dan bagaimana untuk terus tabah menjalani kehidupan sebagai orang jijik.

Jikalau anda ( wahai orang mulia) benar-benar bersyukur atas kurniaan Allah, maka bantulah kami. Kami tak pinta untuk anda halalkan keabnormalan kami, tapi sekurang-kurangnya bantulah kami untuk kembali normal dan mempunyai perasaan yang normal ke atas wanita.
Ustaz  Pahrol, editor Majalh Solusi. memang taste aku la stock2 ustaz dan bapak oang ni.hehe

well, ni nak share sikit satu blog yang bagus untuk korang follow. http://genta-rasa.com/.

Blog ni ditulis oleh seorang ustaz yang hensem. Aku dah lama dah follow beliau.

Satu lagi, sayyidul istigfar. penghulu segala istighfar. Jom sama2 kita beramal.

Sekian,wallahu a'lam.