Sunday, 20 October 2013

So My Gay Friend Asked Me "What is good bout being a Homo?"


Assalamualaikum,

Rasanya aku dah citer kat korang pasal kawan aku sorang ni yang gay, tapi dia tak tahu yang aku ni pun gay jugak (dia yang citer kat aku, bukan aku yang selidik). 

Gambar Hiasan
Aku namakan kawan aku ni A.

Alhamdulillah dah rezeki dia. Dia dapat sambung belajar kat sebuah negara omputeh kat luar negara. Kitorang sebenarnya bukan belajar satu sekolah pun, just kenal sekejap kat sebuah asasi IPTA dan keluar atas sebab masing-masing dapat tajaan untuk ke oversea jugak. Tapi tempat pre-U kami lain-lain.

Kitorang selalu jugak hangout sesama sebab aku ni xde transport so nak gi mana-mana senang ajak dia sebab dia tak banyak soal (mungkin, dalam hati tak tahu). Nak ajak member member aku memang tak lah kot, alasan common takde duit lah, cakap aku loaded lah, nak study lah...

Gambar Hiasan
Time dia bagitau aku pasal gayness dia pun beberapa minggu sebelum dia fly. Aku pun rasa macam agak 'dihargai' dan 'dipercayai'. Yelah we barely know each other tapi dia dah gitau his greatest secret in life. Anyway dia gitau yang selain aku, ada beberapa insan lain yang bertuah yang dia dah gitau hal yang sama. Antaranya termasuk lah beberapa kawan2 beliau di kolej tempat Pre-U beliau.

Straight to the point, last week, dia mengadu kat aku yang housemate dia sekarang dapat tahu yang dia ni gay. Puncanya ialah kawan si A yang khianat telah memberitahu housemate si A tentang A's gayness (faham tak? aku dah buat ayat style SPM ni haha)


So A ni amat berdukacita atas apa yang berlaku terhadap hidupnya akhir-akhir ini. Sebenarnya sebelum roomate dia yang ni tahu, dah ada sorang lagi yang dah tahu. A ni bagitau dia bagitau housemate dia yang lagi satu tu sebab kononnya at least ada yang boleh bimbing dia kalau terjebak, and satu lagi sebab dia fall in love kat mamat tuh..hehe. 


So aku ni terpaksa lah bertindak sebagai seorang kaunselor, walaupun aku ni gay jugak. Aku nasihat lah si A ni camni camni. Then aku suruh lah dia mesej kat mamat yang khianat tuh. bagilah hadis sket pasal orang yang membuka aib orang ni.

Then nak tahu dia cakap apa?
"you know,if this really is a test 
 I'd failed it everytime when i face trouble, i keep blaming Him
 i think i'm too weak for the test
 there're just too many tests 
then with this Big thingthen bila berckp dgn lelaki
 I tend to mengecilkan diri
mcm mana nak maju dlm hidup kan
 I dont know how to avoid that
 then i dont know how to get along with people
 right now i still dont have new friends
 i'm sorry ckp banyak pun tak guna kan
sorry for making you feel annoyed
 I'm being selfish
 really, lps ni i'm not sure if i'll meet you
 malu sgt sbb dah crita bnyak benda teruk about me
 i dont even think you'd want to meet me"

Hmm besar jugak masalh dia. Tak dapat terima qada' dan qadha kot. Hmm aku pun gitu jugak dulu.

Then dia tanya aku lagi,

"what is good bout being a Homo?"

Actually aku tak jawab pun sebab aku terlelap lepas tu.(sebab prbezaan time zone) . 
Mungkin dia sedar aku tak dapat jawab...so...



Seriyesly aku rasa amat amatlah kesian kat beliau. SO aku mintak jasa baik korang semua supaya komen kat bawah ni , bagi idea sikit untuk aku tolong beliau. And jika si A ni tengah baca blog ni (sebab aku tengok audience pun banyak jugak dari negara tempat si A belajar) ketahuilah aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko.

Peace. Adios.

p/s :  

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya.....


Friday, 2 August 2013

Kehidupanku Pasca Dicabul

Assalamualaikum dan salam ramadhan.

Sesapa yang nak jumpe aku boleh lah ke The Curve weekends ni sebab aku ingat nak lepak sana kot...

muka brader tu lebih kurang macam mamat ni lah
Ecece gurau je. Aku sebenarnya dah berada kat kampung time tu so maaf bebanyak lah kepada sesape request nak jumpe aku. Bukannya ape aku tak ready lagi untuk dedahkan identiti kat the real world.

Post ni aku kire macam sambungan lah kat post aku yang dulu,http://gayinsaf.blogspot.com/2013/07/akibat-pernah-raba-kawan-aku-dulu-aku.html

Well just to be frank aku rase tak de banyak sangat pun perbezaan selepas aku mengalami pengalami 'dicabul' tukang gunting tu. except that aku berasa sangat fetish sehari dua lepas tu yang menyebabkan aku tak khusyuk solat,takde sangatlah perubahan yang ketara.

Tapi satu je perkara bodoh yang aku buat. Aku bagi nombor aku kat berader tu so ape lagi selalu gak la dia sent sms cakap rindu aku lah, blalala

hensem tak?
Ops lupa plak nak citer pasal brader tukang gunting rambut tuh. Beliau aku anggarkan dalam lingkungan 30-an hingga 40-an. berbangsa cina. agak hensem tapi bila pikir balik geli lah plak sebab dia tuh gay. Badan agak okay,pendek sikit dari aku. 

Cuma satu benda yang aku perasaan, aku rasa aku punya 'Gaydar' dah makin develop. Kiranya my ability dah makin improve lah. 


Sebenarnya aku dah lama syak yang brader ni gay. Tapi aku suka g kedai dia sebab haircut dia cool dan sesuai ngan aku. Pahtu plak selalu puji aku hensem dan urut2 tetek aku.

Hmm korang mesti expect aku nak tulis citer blue kan? hehe

Ada satu masalh kat sini, aku tak tahu nak gunting rambut kat mana dah..

hmm
Ya allah kuatkanlah imanku dalam memerangi nafsuku. 

p/s : Baru baru ni ada kawan aku beritahu aku yang dia ni gay. So aku buat2 lah yang aku ni straight but at the same time aku still nasihatkan dan bagi semangat kat dia. Betul ke tindakan aku ni? 

Thursday, 25 July 2013

2 Remaja GAY Dihukum Bunuh kat Iran

Assalamualaikum dan salam ramadhan.

Alhamdulillah pagi tadi aku bangun awal so dapatlah jugak aku qiam jap.

Btw aku just rasa macam nak share satu benda yang aku rasa ramai orang yang dah tahu tapi tak pe lah aku nak share jugak sebab aku rase benda ni ada sedikt sebanyak kaitannya dengan aku.


Pernah dengar tak pasal Mahmoud Asgari dan Ayaz Marhoni?

Kalau tak FYI dorang ni merupakan dua remaja Iran yang digantung sampai mati kerana dikatakan telah meliwat seorang remaja lelaki berumur 13 tahun pada 2005.


Paling tragis mereka bukan digantung macam kat Malaysia ni, tapi tali  tu ditarik oleh trak.

Dan tahu tak berapa umur dorang time tu? 16 dan 19 tahun !




hmm kalau lah kat Malaysia ader camni..hmmm

Friday, 12 July 2013

Akibat Pernah Raba Kawan Aku Dulu, Aku Dicabul Tukang Gunting

Assalamualaikum, dan Salam Ramadhan


Semenjak dua menjak ni aku sedar yang pageviews dah makin berkurang. malah pengurangan yang amat drastik sampai 3,4 kali ganda.


Mungkin disebabkan aku dah lama tak update blog atau pun dorang ni dah jemu baca blog aku. Atau mungkin aku tak layak tulis blog macam ni sebab aku tak pernah ke pub or disko PLU kat KL, so mungkin ada yang beranggapan aku tak pernah melalui hidup PLU yang sejati.



Tapi ape pun just to be frank aku pun sebenar nya baru sahaja diberi ujian oleh Allah swt ujian yang sangat berat. Tak lama, tak sampai sebulan yang lalu aku telah diflirt, actually agak melampau jugak lah sebab aku sebenarnye dicabul.But worst than that, dengan kerelaan aku.


Semoga menjadi pengajaran kat semua gay di luar sana.

Salah aku jugak sebenar nye..tapi perlu kah aku bercerita tentang hal ni? Nanti dikatakan blog porno plak?

Btw aku harap semua pembaca dapat doakan aku supaya dikuatkan iman dan dijauhkan dari perkara ni.

Mungkin silap aku ialah sebab tak peka sangat dengan gaydar aku. Dah tahu orang tu gay buat ape datang dekat.


Ya Allah ampunilah dosaku...

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam adalah:
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِيمَهُ، وَخَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ فِيهِ.
“Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku adalah umur yang terakhirnya, sebaik-baik amalku adalah amal-amal penutupannya dan sebaik-baik hariku adalah hari saat aku menghadap-Mu.” (HR. Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Ausath. Al-Hafizh Nuruddin Al-Haitsami dalam Majmauz Zawaid wa Mambaul Fawaid, 10/158 no. 17267 menshahihkan sanadnya)


- See more at: http://www.arrahmah.com/read/2012/08/10/22306-doa-agar-dikaruniai-husnul-khatimah.html#sthash.m6gAddOr.dpuf

Wednesday, 26 June 2013

Exclusive : Status FB Terakhir Sumaiyah Romli, Pelajar Malaysia di UCL UK Yang Terbunuh Di Jordan

Assalamualaikum.

Akhirnya dapat jugak aku update status kat blog aku ni. Bukan nya ape, bile dah masuk balik kolej ni ada lagi halangan yang lagi mencabar. Privacy aku!

Bile masuk kolej balik tau tau je la kan asyik dok beerkepit ngan menber je. Tapi alhamdulillah petang ni sempat jugak aku bukak. Tu pun sebab aku tak turun maen futsal ngan member2.

Arwah dengar citer aktif berdakwah
Aku rase semua orang dah tahu pasal kematian seorang pelajar Malaysia kat UCL Sumaiyah Romli yang eksiden kat Jordan nu.

Aku tertarik jugak la pasal benda ni sebab hmm..well dia student UCL kot. amik physics n astronomy plak tu..


Tapi yang aku rase lebih excited nak tahu pasal dia ni ialah bile aku dapat tahu yang dia ni badly injured tapi mayat dia still elok lagi bukan macam eksiden teruk lah. (atau mungkin dia mati sebab internal bleeding?)

Satu lagi dia sempat mengucap sebelum mati, mengikut beberapa sumber sebab sebelum menghembuskan nafas terakhir beliau sedar sekejap dan sempat mengucap.


So sebagai fast-stalker aku usha lah Facebook dia. 

Hmm no mutual fren tapi aku boleh tengok jugak la timeline dia. 

Time tu aku tak tahu lagi muka dia camne, so aku nak tengokla kan, mane tahu cun ke? huhu XD

So ni la status FB terakhir beliau...

Subhanallah. Post Mengenai kebesaran Allah!

Aku pun scroll down la timeline dia.

Erm kire dia ni excellent kot, 

Dia dapat interview Bank Negara walaupun tak dapat that scholarship.

Fyi kalau nak apply BNM Scholarship ni kena dapat at least 8A+/A. hmmm

hmm tapi tu lah kan, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Kematian beliau sedikit sebanyak menyedarkan aku kematian tak kenal siapa.

Tak kire la genius ke , muda ke, hensem ke , kematian itu pasti.

Hmm,,Ya Allah, matikanlah kami hamba-hambaMu dalam khusnul khatimah, dan jauhkanlah kami daripada su'ul khatimah, Ya Allah...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke roh beliau. Al Fatihah...

Thursday, 30 May 2013

In Sha Allah Buku ni Boleh Tolong Gay or Lesbian Yang Nak Kahwin Secara Normal

Baru baca post dari Putera  Gay and Lesbian Life.

Seriosly sedih yang amat. Tapi sedih lagi mengenangkan beban yang terpikul di bahu. 

Well just nak share satu buku yang aku rasa bermanfaat yang amat untuk PLU di luar sana yang rasa nak berkahwin. 

Aku terjebak nak tulis benda ni sebab ada brader tu komen kat entry aku Mengenali Gay : Ciri Ciri Gay yang menyatakan beliau nak kawen. Ok semoga artikel ni boleh membantu beliau. Sama-sama doakan.

Ada 3 (TIGA) buku aku nak share:

Permata yang Hilang
Mengenal Lelaki
Mengenal Wanita

Semua buku tersebut ditulis oleh Ibnu Yusoff.

Untuk PLU Gay and Lesbian 


Aku ada buku tu dalam bentuk PDF. Klasik giler kot. Anyway act aku jumpe dalam laptop abang aku.
Nak citer sikit pasal abang aku. Aku rase dia straight lah sebab aku pernah tengok video blue dalam lappie dia (tap aku tak tengok) and dia ada ramai awek (tapi aku pun ada awek jugak..hmm)


Walaupun aku rase buku ni cenderung untuk kegunaan lelaki tapi pompuan buleh guna jugak kot.

Permata Yang Hilang. Download jer kat internet k.

Then Mungkin untuk PLU Lesbian plak:

Mengenal Lelaki - Ibnu Yusoff



UNtuk Gay:

Mengenal Wanita - Ibnu Yusoff


Anyway, enjoy!!

Sunday, 12 May 2013

Tak Sabar Nak Jumpe Abang2 dan Om2 Hensem Tabligh Minggu Depan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Member dah beria-ria ajak aku gi tabligh. Aku sebenarnya malas jugak nak pergi (cuti sem kot) tapi bile pikir-pikir balik ni lah time aku nak tambahkan amalan. Bukannya ape, kalau asyik dok kat rumah and merayau je, aku rase macam lagha je kat rumah.

Sekadar gambar hiasan. Guna keyword ustaz hensem.hehe


So aku decide nak perggi jemaah la next week. Tempat tak tentu lagi tapi of course surau2 kat area selangor la.

So far aku takde la selalu sangat gi ikut jemaah ni.



Jumpa abang2 and pak cik2 yang hensem tu pernah jugak la, tapi alhamdulillah tak de la rasa fetish (tapi still ada) sangat lepas tengok janggut diorang yang tak terurus tu. Bukannya apa, aku lagi prefer kalau janggut tu kemas, macam abang2 ustaz yang hensem tuh.


Tapi still banyak kali gak la aku fetish tengok abang and om2 yang hensem ni. Inilah yang dikatakan nafsu. Aku mesti berjihad!

Nampaknya terpaksa lah aku basuh boxer banyak2 ni.hehe..

Anyway,kalau nak tahu pasal tabligh ni boleh la ke link kat bawah :


p/s : masih lagi cuak menghadapi final exam. Doakan saya ek! huhu XD

Wednesday, 24 April 2013

Aku Gay Tapi Aku Join Tabligh!

Assalamualaikum

Seorang hamba Allah telah leave komen kat entry aku, Ya Allah aku nak kahwin.

Beliau recommend kat gay semua supaya join tabligh untuk hilangkan rasa gay tersebut.

Well kat sini aku nak cakap (just cakap) aku pun pernah ikut tabligh.


Ok.seronok tak tabligh?
Act I don't know what is the most suitable word nak cakap tapi aku boleh gurantee yang tabligh ni bukanlah macam yang korang pernah pikirkan sebelum ni.
Yelah nama pon dah tabligh kan? so mesti korang semua terbayang lelaki yang kusut masai,dengai janggut yang panjang tak terurus, bercelak hitam, muka garang, terdiri daripada ustaz or geng pondok or yang sealiran dengannya.

pierre andre pon join tabligh jgak la

Well kat sini aku nak beritau semua realiti pasal tabligh.

1. Tabligh bukan terdiri daripada ustaz, malah terdiri daripada golongan pofessional.

Sepanjang aku keluar g jemaah (1 hari je sebab kami student) bilangan ustaz yang join tabligh ni sangatlah sedikit kalau nak dibandingka dengan golongan professional. kebanyakkan yang aku jumpa ialah engineer,doktor,akauntan malah ada yang kerja ngan bank negara, and of course most of them bukan berpendidikan sekolah agama macam aku ni,,huhu,


Aku rasa rasional perkara ini berlaku ialah kebanyakkan abeng2 ustad kite kan grad dari Jordan or Mesir, so that's why dorang tak join tabligh. Coz tabligh asal dari India/Pakistan. And tabligh setahu aku tak berkembang kat negara Arab.

2. Tabligh menakutkan!!

Ye lah kalau tak biasa memang la takut. Mata pakai celak kot,macam dak2 gothic hehe.

Tapi itulah sunnah. 

Tapi dorang ni selalu senyum tapi sebab mindset korang, orang tabligh nampak camgarang.



3.Tabligh bukan baik sangat pun,sanggup tinggal anak bini tanpa nafkah

Ni satu lagi persepsi salah sal tabligh. Act golongan yang join tabligh ni bukan semua yang baik. Tujuan utama join tabligh adalah untuk didik diri supaya menjadi lebih baik.



Pasal tinggal keluarga plak, setahu aku tabligh ni ada sisitem di mana akan ada wakil wanita yang take care pasal keluarga seseorang yang keluar tabligh. Kalau ada yang still tinggal tanpa nafkah, tu mungkin kes terpencil la kot.

ok, tu je la kot untuk kali nih. Nanti aku citer plak pasal pengalaman aku join tabligh ok?

dengar citer Fahrin Ahmad pon join tabligh jgak

p/s : baru lepas frust exam TT


Saturday, 16 March 2013

Gay Memang Bodoh, Tak Paham seronok Sangat ke Tutuh Lubang B****t Orang

Assalamualaikum,

Sungguh menjijikkan terdapat segelintir di antara kita yang memilih untuk menjadi gay yang jijik, ataupun lesbian. Sungguh berlawanan dengan fitrah manusia! Mengapakah mereka begitu jijik?Sedangkan haiwan pun tidak pernah melakukan perkara yang sedemikian rupa jijiknya. 



Liwat, atau seks luar tabii, perlakuan jahiliah kaum Nabi Lut yang jijik ini kembali berulang pada zaman yang serba moden ini. Mahukah kita mendapat azab sebagaimana azab yang ditimpakan ke atas kaum Nabi Lut AS yang jijik?



Ambillah iktibar dari peristiwa tersebut. Bahkan dalam al-Quran ada menyatakan tentang perlakuan jijik kaum nabi Lut yang melakukan aktiviti homoseksual:


Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu."Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?" Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): "Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

Cuba kira berapa perkataan jijik dalam paragraph kat atas?


hehe..cewah bajet straight la plak aku ni.sorry la dah lama tak update blog aku ni. Aku sangat2 sibuk sekarang sebab tangah exam. Baru masuk semester baru ni sangat2 la busy dengan sbjek-subjek baru yang amat mencabar.

Apa perasaan korang selepas membaca perenggan jijik kat atas? Marah? Atau setuju?




Begitulah kata-kata yang akan dikasi oleh mereka yang mulia dalam kalangan kita (orang straight, ustaz dan ulama), yang  mana mereka ini bagaikan sudah pasti mendapat tiket untuk ke syurga dan of course tiket untuk melabel kita, golongan jijik.

Sebagai seorang gay yang ingin berubah ke arah kebaikan, memang banyak giler ujian yang dialami. 

“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”

(Surah al-Ankabut: 2)




Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ada yag sudi mendengar pun, adalh terdiri daripada mereka yang senasib, yang mungkin membawa aku ke arah yang lebih teruk.

Tak tahu nak start camne. Tak de kisah gay yang berubah menjadi normal sepenuhnya.

Seriously, aku harap agar lebih ramai dari golongan ustaz atau ulama yang gay, supaya dorang akan paham hakikat sebenar menjadi gay.



Aku tak  pilih pun benda ni. Kalau aku diberi pilihan, takkan la aku nak jadi gay.

Wahai golongan yang mulia ( yakni golongan straight dari kalangan ustaz dan ulama), adakah antum semua pilih nak jadi straight? Hal anta takhyir an takuna 'straight'?

Pasti tidak bukan?

Allah telah memilih kalian untuk mempunyai nafsu yang normal sebagai ujian. ujian tersebut adalah bagaimana anda bersyukur dengan nikmat tersebut. 



Ujian kepada kami golongan yang jijik plak (gay) ialah bagaimana kami mampu menahan nafsu kami dan bagaimana untuk terus tabah menjalani kehidupan sebagai orang jijik.

Jikalau anda ( wahai orang mulia) benar-benar bersyukur atas kurniaan Allah, maka bantulah kami. Kami tak pinta untuk anda halalkan keabnormalan kami, tapi sekurang-kurangnya bantulah kami untuk kembali normal dan mempunyai perasaan yang normal ke atas wanita.
Ustaz  Pahrol, editor Majalh Solusi. memang taste aku la stock2 ustaz dan bapak oang ni.hehe

well, ni nak share sikit satu blog yang bagus untuk korang follow. http://genta-rasa.com/.

Blog ni ditulis oleh seorang ustaz yang hensem. Aku dah lama dah follow beliau.

Satu lagi, sayyidul istigfar. penghulu segala istighfar. Jom sama2 kita beramal.

Sekian,wallahu a'lam.


Sunday, 27 January 2013

Kisah Sedih Seorang Gay

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak update blog. Pagi ni aku baca tentang satu citer sedih seorang gay. Dari indon kat fb.

Nak baca, klik sini.

"Apakah menjadi seorang gay salah? Toh itu bukan jalan hidup yang aku mau pilih? Apabila aku dapat memilih jalan hidupku, tentu aku tak mau hidup seperti ini. Terkadang aku bingung sama Tuhan, ia yang menciptakan manusia dengan berbagai karakternya, termasuk straight, gay, lesbian, and bisexual. Tapi mengapa Ia hanya menghalalkan straight? Apakah kaum gay lesbian dan bisexual mahluk sampah? Kenapa Tuhan yang menciptakan tapi Ia justru juga melarang? Mengapa Ia membiarkan ada rasa seperti ini di dunia?"

Apabila membaca citer ni, betul juga. Kenapa la Allah swt menjadikan aku ni gay, dan sebilangan daripada kita ni gay dan biseksual. Apakah hina sangatkah kita di sisi Allah.


Lalu aku beristighfar. Ya Allah ampunilah dosaku.

Kalau ada orang yang tanya direct soalan camni kat aku, justeru aku menjawab, "Wallahu a'lam".

Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui, sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi.


Teringat ayat Allah untuk kita, 

Teringat ayat Allah untuk kita, "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216.

Subhanallah. Besarnya ujianMu untukku dan hambaMu yang senasib, Ya Allah.


Bila pikir balik memang betul. God always has plans for us. His plans are not our ways but His plans are always the best.

Teringat time darjah 6 dulu sedih giler sebab tak dapat sbp. Alih-alih Dia bagi yang lebih baik untukku. Walaupun bukan sbp, aku mampu berjaya lebih dari dorang kat sbp...


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah al-Baqarah ayat 286

Btw, trimas kat Putera sebab sudi follow aku. Dialah satu-satunya follower aku.hehe

Nampaknya kerna usaha lagi neh..haha