Wednesday, 29 October 2014

Benda yang Hanya Budak Sekolah Agama Yang Faham

Dan ada antaranya berlaku kat diri aku sendiri


Di sebalik tudung labuh ini, mungkin... lesbo? (GAMBAR HIASAN)

1. People expect a lot from you

Happens every time
Lagi-lagi bila korang baru daftar masuk universiti, then member-member baru tanya sekolah mana. Nak menipu pun tak baik jadi korang terpaksalah mengaku korang sekolah agama dulu. Dan dorang pun akan expect kau ni selalu jadi imam kat surau dan setiap kali solat jemaah besar kemungkinan korang akan ditolak untuk menjadi imam ( so sape yang tak pernah jadi imam kat sekolah dulu memang masalah besar la). Dan tempoh masa untuk dorang still respect benda baik dari kau depends, kalau kau tunjuk contoh baik so lama lah skit, tapi kalau dah awal-awal buat benda tak senonoh (dating ngan awek, cakap pasal benda-benda lucah etc) so tak lama lepas tu dorang akan hilang respect kat budak sekolah agama. Well, bagi aku budak sekolah agama pun manusia juga, so kalau pernah melancap pun nak buat macam mana kan?

2. Rebutan Jemaah Usrah

Contoh jemaah usrah for those who don't know
Aku tak tahu kat Malaysia macam mana tapi macam itulah suasana kat tempat aku sekarang, lebih-lebih lagi bila time budak first year mendaftar. Tapi masalahnya budak sekolah agama ni la yang paling susah nak join usrah, alasannya sebab usrah ni boring dan rasa macam tak dapat apa-apa dari usrah, maybe sebab pengalaman dari zaman sekolah yang buat diorang fikir macam tu. Lagi-lagi bila naqib usrah bukan dari berlatar belakang sekolah agama.

3. Berusaha nak buang identiti sekolah agama

Biasanya kalau kau jumpa member yang still pakai kopiah kat universiti biasanya bukan budak sekolah agama pun. Budak perempuan pula dah tak ramai yang still pakai tudung labuh (termasuklah member-member aku sendiri) semua macam dah jadi hipster lah kononnya. Mungkin diorang (termasuk aku sendiri) buat camtu sebab takut nanti kalau buat benda yang tak betul last-last nama sekolah agama juga yang tercemar. So demi  memastikan kelestarian institusi agama, better buat macam ni(kot).

4. Culture shock

Contoh IPTS. Banyak lagi kolej-kolej lain (KBU, Sunwaty etc)
Benda biasa especially kat IPTS untuk Pre-U ke oversea. Dari biah islam ke macam-macam biah yang wujud. Tapi depends juga sebenarnya sebab ada yang memang dah biasa dengan kehidupan yang agak sosial tapi sebab dia budak sekolah agama, so orang akan ingat dia budak sekolah agama yang dah 'rosak' dan terkena 'culture shock'. 

5. When you are gay, you will feel either awesome, sad or both

Benda yang berlaku kat diri aku. First, kau rasa sedih dan bersalah sebab kau rasa macam kau dah mencemarkan agama sendiri. But lepas tu kau rasa kau agak awesome sebab walaupun kau macam ada kecelaruan seksualiti, somehow kau ada qualification nak jadi ulama( I mean asatizah). Kau kadang-kadang rasa kau lagi hebat dari ustaz-ustaz kau sebab kau rasa dorang jadi ustaz pun sebab tak dapat offer lain ( subject akademik tak skor so terpaksa lah ambik course agama) sementelah member-member kau yang ambik course agama semua score cukup-cukup makan (C,D) je untuk subject agama lepas tu further STAM STPM agama ( but you got A+ untuk semua tu despite of being gay, including Bahasa Arab Tinggi ) And semua budak scorer ambik course secular (e.g actuarial science, dentistry, medic, geology, engineering etc). Aku takde la pandang rendah kat geng-geng ustaz (lagipun dorang ni taste aku hahar) tapi kadang-kadang tu berapi jugak lah bila dalam ceramah ( tapi takde lah aku nak suruh puji) duk kutuk level gila babi semua LGBT ni, as if macam aku minta dilahirkan camni. 


Anyway aku takde lah nak suruh korang hilang respect kat ustaz tu semua, tapi entah, aku rasa nak luahkan perasaan aku kat sini. Tapi kena respect lah dorang ni sebab walaupun kau power bab agama sekolah dulu, tapi kau belajar takat SPM je, apalah sangat O Level (baca Ordinary Level) tu kan jika nak dibandingkan dorang para asatizah ni belajo sampat degree. 

Astaghfirullahalazim, adakah aku yang riak sebenarnya?....

Monday, 16 June 2014

That Feeling when Abang-abang Hensem You Got A Crush On Balik Malaysia and Get Married

Assalamualalaikum dan salam sejahtera,
 

So summer break dah start and aku boleh tengok ramai Malaysian berpusu-pusu menaiki kenderaan balik ke kampung halaman masing-masing kat Malaysia. 

Ada yang balik sebab dah grad, ada yang balik sebab memang dah cuti, and tak lupa sebab nak KAHWIN!

Gambar Hiasan

Back to the moment when aku first sampai sini ramai juga lah abang-abang and pakcik-pakcik hensem Malaysian yang aku ter'crush'. Dan dalam hati aku kadang-kadang berbisik, 


"Dalam ramai-ramai ni takde ke yang teringin nak CABUL aku. hehe."

Bila ada member-member yang rapat ngan dorang aku jadik jeles.Maklumlah takde abang-abang and pakcik yang rapat ngan aku, mungkin sebab aku ni agak kurang friendly dengan orang yang aku tak biasa.

Gambar Hiasan

 Tapi bila orang yang aku suka balik Malaysia sebab nak kahwin, aku macam rasa sedih. Ya tak patut aku rasa sedih tapi aku bukan nak pun rasa sedih. 

Apa yang aku mampu type bila ada gambar or event invitation hanyalah "Barakallah lakuma'" or "Mabruk, Tahniah!" or some other craps like that.

Aku bukan sedih sebab dorang TAK CABUL aku tapi aku sedih sebab aku fikir masa depan aku bila aku sebaya abang-abang hensem nanti dan aku perlu kahwin tapi aku tak mampu.

Even sekarang pun ada member sebaya yang balik Malaysia semata-mata nak bertunang ngan awek masing-masing. And yang bertunang sebelum fly pun ada.

Aku pula masih ''trying to be as straight as possible" , taruk wallpaper perempuan kat henset, saying " aku nak jimat untuk tabung kahwin, maklumlah aku orang susah" thing, etc and etc.

Guess what? It was during last winter in Edinburgh University!
Aku sedar yang ramai abang-abang and pakcik-pakcik hensem yang akan balik Malaysia dan aku sedar yang usia aku akan meningkat. Abang aku sendiri pun dah tukar dp ngan awek dia, tag aku cakap ni bakal kakak ipar.

Tapi aku rasa aku  masih okay, really......hmmm

Tuesday, 1 April 2014

First Year Aku Kat Obersea :)


Rasanya dah dekat setengah tahun (6 BULAN) jugak lah aku tak post apa-apa. Selain sibuk dengan komitmen harian, aku sebenarnya ketandusan idea nak post.

Tetiba hari ni kalbu aku terasa nak post sebab lama sangat tak post. Just nak cakap aku dah grad Pre U kat college  aku  dan dapat offer kat satu university nih.
Kelab UMNO Luar Negara. Bendera tempat aku belajar sekarang pun ada.
And untuk beberapa ketika aku dah berada kat satu negara baru, university baru, environment baru dalam satu bidang undergrad. 

Sebenarnya tujuan aku kat sini nak hebohkan kat semua readers blog ni yang aku masih muda and unmarried. Sebab ramai yang message facebook aku atau email tanya camne hidup aku dah kahwin belum. haha aku relax je tapi yang aku takut kat sini ialah persepsi orang yang mungkin aggap aku seorang pak cik yang berumur 40-an.

Aku tak salahkan mereka sebab aku rasa dorang misunderstood mungkin sebab nama aku yang tak berapa muda and tak berapa jambu. hehe. mungkin aku patut tukar nama aku kepada yang lebih muda, jambu and fresh.


Berbalik kepada keadaan aku kat negara orang, jauh beribu batu dari Malaysia, actually okay je sebenarnya. Tak pernah home sick pun. Mungkin sebab kat sini komuniti Malaysia agak ramai. Undergrad,postgrad and yang kerja pun ada.

Kadang-kadang terpikir plak nak kerja kat oversea lepas grad nanti. Bukan ape kalau kerja kat oversea ni aku rasa (aku rasalah) tak ramai yang tanya bila nak kahwin. Aku cuak jugak bila fikir balik pasal future aku. Gaji pun macam masyuk je. Contract ngan sponsor mungkin takde hal sangat kot. Ramai je yang stay even ada contract ngan sponsor dorang.

Akhir kalam aku nak minta korang semua supaya doakan aku kat sini. Aku pun mintak mak aku doakan aku jugak tapi dia tak tahu yang aku ada 'something'. Korang tahu aku ada 'something' so aku harap korang ringan2kan tangan doakan aku. Adios!

Sunday, 20 October 2013

So My Gay Friend Asked Me "What is good bout being a Homo?"


Assalamualaikum,

Rasanya aku dah citer kat korang pasal kawan aku sorang ni yang gay, tapi dia tak tahu yang aku ni pun gay jugak (dia yang citer kat aku, bukan aku yang selidik). 

Gambar Hiasan
Aku namakan kawan aku ni A.

Alhamdulillah dah rezeki dia. Dia dapat sambung belajar kat sebuah negara omputeh kat luar negara. Kitorang sebenarnya bukan belajar satu sekolah pun, just kenal sekejap kat sebuah asasi IPTA dan keluar atas sebab masing-masing dapat tajaan untuk ke oversea jugak. Tapi tempat pre-U kami lain-lain.

Kitorang selalu jugak hangout sesama sebab aku ni xde transport so nak gi mana-mana senang ajak dia sebab dia tak banyak soal (mungkin, dalam hati tak tahu). Nak ajak member member aku memang tak lah kot, alasan common takde duit lah, cakap aku loaded lah, nak study lah...

Gambar Hiasan
Time dia bagitau aku pasal gayness dia pun beberapa minggu sebelum dia fly. Aku pun rasa macam agak 'dihargai' dan 'dipercayai'. Yelah we barely know each other tapi dia dah gitau his greatest secret in life. Anyway dia gitau yang selain aku, ada beberapa insan lain yang bertuah yang dia dah gitau hal yang sama. Antaranya termasuk lah beberapa kawan2 beliau di kolej tempat Pre-U beliau.

Straight to the point, last week, dia mengadu kat aku yang housemate dia sekarang dapat tahu yang dia ni gay. Puncanya ialah kawan si A yang khianat telah memberitahu housemate si A tentang A's gayness (faham tak? aku dah buat ayat style SPM ni haha)


So A ni amat berdukacita atas apa yang berlaku terhadap hidupnya akhir-akhir ini. Sebenarnya sebelum roomate dia yang ni tahu, dah ada sorang lagi yang dah tahu. A ni bagitau dia bagitau housemate dia yang lagi satu tu sebab kononnya at least ada yang boleh bimbing dia kalau terjebak, and satu lagi sebab dia fall in love kat mamat tuh..hehe. 


So aku ni terpaksa lah bertindak sebagai seorang kaunselor, walaupun aku ni gay jugak. Aku nasihat lah si A ni camni camni. Then aku suruh lah dia mesej kat mamat yang khianat tuh. bagilah hadis sket pasal orang yang membuka aib orang ni.

Then nak tahu dia cakap apa?
"you know,if this really is a test 
 I'd failed it everytime when i face trouble, i keep blaming Him
 i think i'm too weak for the test
 there're just too many tests 
then with this Big thingthen bila berckp dgn lelaki
 I tend to mengecilkan diri
mcm mana nak maju dlm hidup kan
 I dont know how to avoid that
 then i dont know how to get along with people
 right now i still dont have new friends
 i'm sorry ckp banyak pun tak guna kan
sorry for making you feel annoyed
 I'm being selfish
 really, lps ni i'm not sure if i'll meet you
 malu sgt sbb dah crita bnyak benda teruk about me
 i dont even think you'd want to meet me"

Hmm besar jugak masalh dia. Tak dapat terima qada' dan qadha kot. Hmm aku pun gitu jugak dulu.

Then dia tanya aku lagi,

"what is good bout being a Homo?"

Actually aku tak jawab pun sebab aku terlelap lepas tu.(sebab prbezaan time zone) . 
Mungkin dia sedar aku tak dapat jawab...so...



Seriyesly aku rasa amat amatlah kesian kat beliau. SO aku mintak jasa baik korang semua supaya komen kat bawah ni , bagi idea sikit untuk aku tolong beliau. And jika si A ni tengah baca blog ni (sebab aku tengok audience pun banyak jugak dari negara tempat si A belajar) ketahuilah aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko.

Peace. Adios.

p/s :  

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya.....


Friday, 2 August 2013

Kehidupanku Pasca Dicabul

Assalamualaikum dan salam ramadhan.

Sesapa yang nak jumpe aku boleh lah ke The Curve weekends ni sebab aku ingat nak lepak sana kot...

muka brader tu lebih kurang macam mamat ni lah
Ecece gurau je. Aku sebenarnya dah berada kat kampung time tu so maaf bebanyak lah kepada sesape request nak jumpe aku. Bukannya ape aku tak ready lagi untuk dedahkan identiti kat the real world.

Post ni aku kire macam sambungan lah kat post aku yang dulu,http://gayinsaf.blogspot.com/2013/07/akibat-pernah-raba-kawan-aku-dulu-aku.html

Well just to be frank aku rase tak de banyak sangat pun perbezaan selepas aku mengalami pengalami 'dicabul' tukang gunting tu. except that aku berasa sangat fetish sehari dua lepas tu yang menyebabkan aku tak khusyuk solat,takde sangatlah perubahan yang ketara.

Tapi satu je perkara bodoh yang aku buat. Aku bagi nombor aku kat berader tu so ape lagi selalu gak la dia sent sms cakap rindu aku lah, blalala

hensem tak?
Ops lupa plak nak citer pasal brader tukang gunting rambut tuh. Beliau aku anggarkan dalam lingkungan 30-an hingga 40-an. berbangsa cina. agak hensem tapi bila pikir balik geli lah plak sebab dia tuh gay. Badan agak okay,pendek sikit dari aku. 

Cuma satu benda yang aku perasaan, aku rasa aku punya 'Gaydar' dah makin develop. Kiranya my ability dah makin improve lah. 


Sebenarnya aku dah lama syak yang brader ni gay. Tapi aku suka g kedai dia sebab haircut dia cool dan sesuai ngan aku. Pahtu plak selalu puji aku hensem dan urut2 tetek aku.

Hmm korang mesti expect aku nak tulis citer blue kan? hehe

Ada satu masalh kat sini, aku tak tahu nak gunting rambut kat mana dah..

hmm
Ya allah kuatkanlah imanku dalam memerangi nafsuku. 

p/s : Baru baru ni ada kawan aku beritahu aku yang dia ni gay. So aku buat2 lah yang aku ni straight but at the same time aku still nasihatkan dan bagi semangat kat dia. Betul ke tindakan aku ni? 

Thursday, 25 July 2013

2 Remaja GAY Dihukum Bunuh kat Iran

Assalamualaikum dan salam ramadhan.

Alhamdulillah pagi tadi aku bangun awal so dapatlah jugak aku qiam jap.

Btw aku just rasa macam nak share satu benda yang aku rasa ramai orang yang dah tahu tapi tak pe lah aku nak share jugak sebab aku rase benda ni ada sedikt sebanyak kaitannya dengan aku.


Pernah dengar tak pasal Mahmoud Asgari dan Ayaz Marhoni?

Kalau tak FYI dorang ni merupakan dua remaja Iran yang digantung sampai mati kerana dikatakan telah meliwat seorang remaja lelaki berumur 13 tahun pada 2005.


Paling tragis mereka bukan digantung macam kat Malaysia ni, tapi tali  tu ditarik oleh trak.

Dan tahu tak berapa umur dorang time tu? 16 dan 19 tahun !




hmm kalau lah kat Malaysia ader camni..hmmm

Friday, 12 July 2013

Akibat Pernah Raba Kawan Aku Dulu, Aku Dicabul Tukang Gunting

Assalamualaikum, dan Salam Ramadhan


Semenjak dua menjak ni aku sedar yang pageviews dah makin berkurang. malah pengurangan yang amat drastik sampai 3,4 kali ganda.


Mungkin disebabkan aku dah lama tak update blog atau pun dorang ni dah jemu baca blog aku. Atau mungkin aku tak layak tulis blog macam ni sebab aku tak pernah ke pub or disko PLU kat KL, so mungkin ada yang beranggapan aku tak pernah melalui hidup PLU yang sejati.



Tapi ape pun just to be frank aku pun sebenar nya baru sahaja diberi ujian oleh Allah swt ujian yang sangat berat. Tak lama, tak sampai sebulan yang lalu aku telah diflirt, actually agak melampau jugak lah sebab aku sebenarnye dicabul.But worst than that, dengan kerelaan aku.


Semoga menjadi pengajaran kat semua gay di luar sana.

Salah aku jugak sebenar nye..tapi perlu kah aku bercerita tentang hal ni? Nanti dikatakan blog porno plak?

Btw aku harap semua pembaca dapat doakan aku supaya dikuatkan iman dan dijauhkan dari perkara ni.

Mungkin silap aku ialah sebab tak peka sangat dengan gaydar aku. Dah tahu orang tu gay buat ape datang dekat.


Ya Allah ampunilah dosaku...

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam adalah:
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِيمَهُ، وَخَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ فِيهِ.
“Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku adalah umur yang terakhirnya, sebaik-baik amalku adalah amal-amal penutupannya dan sebaik-baik hariku adalah hari saat aku menghadap-Mu.” (HR. Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Ausath. Al-Hafizh Nuruddin Al-Haitsami dalam Majmauz Zawaid wa Mambaul Fawaid, 10/158 no. 17267 menshahihkan sanadnya)


- See more at: http://www.arrahmah.com/read/2012/08/10/22306-doa-agar-dikaruniai-husnul-khatimah.html#sthash.m6gAddOr.dpuf